Followers

15.1.10

OUMku sayang dan Sila cek BMI anda..

Assalamualaikum wr wbt dan salam petang semua. Apa khabar kalian semua di petang Jumaat ni? Kakchik doakan semuanya masih steady walaupun badan keletihan atau mengantuk. Layan blog kakchik hilang kot letih dan mengantuk tu hehehe.

Mendaftar Semester Jan 2010

Kakchik baru je balik dari OUM tadi. Ingat nak mendaftarkan diri dan mengambil modul-modul untuk semester Jan 2010 tapi bila sampai di sana, pegawai OUM cek dalam LMS, LMS kata kakchik belum lagi mendaftar subjek-subjek yang sepatutnya. Huh, macamana pulak ni? Nasib baik staf-staf OUM semuanya baik-baik hati dan mudah berkira. Terima kasih kepada mereka yang menolong kakchik mendaftarkan diri walaupun modul tak dapat diambil hari ni. Kena ambil selepas tutorial pertama 22hb nanti.

Sekai ingat, tak lama dah kakchik nak grad. Cuma tinggal tahun ni saja. Berkat bersabar melalui alam pelajar luar kampus ni, pejam celik, pejam celik dah sampai tahun akhir dah. Masa mula-mula mendaftar Jan 2007 hari tu terasa amatlah lama tempoh 4 tahun ni. Rupanya sebentar cuma. InsyaAllah tahun ni kakchik hanya meneruskan kelas untuk subjek-subjek minor kakchik iaitu semua subjek Bahasa Inggeris.

Semester ni kakchik akan belajar:
  • Introduction to English Language Teaching
  • Language Description
  • Teaching of Listening and Speaking
Risau juga takut takde rakan untuk minor yang sama. Classmate kakchik yang sebelum ni sama-sama dalam kelas major DECE, semuanya mengambil minor Bahasa Melayu. Kakchik sorang je yang nak jadi minah salleh gi ambil Bahasa Inggeris. Takpelah... sorang pun sorang lah. Belajar tetap belajar bukan kerana orang lain tapi kepuasan peribadi.

Cek BMI Kita

Ok, jangan marah ya sebab pagi tadi kakchik tulis pasal senamrobik dan kali ni nak sebut lagi pasal kesihatan iaitu mengira Berat Minimum per Isipadu atau BMI. Kat bawah ni dah kakchik sediakan pengukurnya. Kalau tak biasa guna ukuran British, klik aje pada Metric dan ukuran cm dan kg akan keluar. Masukkan data-data berkenaan dan pengukur akan highlight kan petak yang berkenaan. Hanya diri kita sorang je yang tahu di mana kita kecuali semasa memasukkan data anda ada teman di sebelah. Hehe, kalau nak dirahsiakan, baiklah buat sorang-sorang ya.


Selamat mencuba! Semoga ia menjadi reminder kepada kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Wassalam.

10 comments:

  1. salam kakchik...makasih share ttg BMI ni..selain daripada tu..kita buleh tau berat ideal kita dgn cara camni gak..contoh CikMin tinggi 152cm...pastu kita buat kira2 camni 152-100=52..bermakna berat ideal cikmin 52kg lebih kurang...huhuhuhu..jauh lagi tu nak turunkan berat badan..!

    p/s chik..meh join contest ni http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com
    if kchik join jgn lupa buh nama cikmin as referrer ye...mmuuaahhh!

    ReplyDelete
  2. Nice entry...nasib baik bmi aku ok...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kakchik,
    Tahniah, dah nak grad. Kak aliya ada buku-buku & bahan subjek tu sebab major dalam TESOL.Kalau datang ke Penang, bolehlah saya pinjamkan, kalau ada masalah boleh gak emel saya :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam cikmin.
    Wah, cari yg cikmin buat tu lagi senang kan. Mana cikmin dapat nak kira macam tu?
    Takpe... cikmin kan br lps bersalin, sambil menyusukan faheem tu tak lama lagi turun la tu, insyaAllah.
    Huhu, contest lagi. Nanti kakchik tengok dulu. Kalau kakchik rasa kakchik boleh cuba, kakchik refer kan cikmin.

    ReplyDelete
  5. Jard, kakchik tengok dalam gambar yang ada kat blog tu tak gemuk puuuun. Ok je.

    ReplyDelete
  6. Thank you Mr. Kamikaze. Kiranya sihat tubuh badan la tu. Selamat maintain hehe.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam kak aliya.
    Alhamdulillah... terima kasih kak. Memang di hati ada hajat nak ke Penang tak lama lagi, nak tambah stok novel2 sewa dr Chowrasta.
    InsyaAllah kalau kak aliya izinkan kakchik sangat sudi meminjamnya.

    ReplyDelete
  8. nadiah dalam kategori underweight la kakchik :p

    ReplyDelete
  9. nadiah tu kena tambah berat badanlah. kalau dibiarkan mudah nak dapat penyakit nanti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs