Followers

28.1.10

Entah apa-apa... jom makan pizza


Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua. Kakchik doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Sekarang ni dah hampr jam 11 pagi, dalam lebih kurang 10 min saja lagi. Sebentar tadi kakchik ke blog-blog yang mencuri gambar kakchik tu dan nampaknya tiada sebarang kerjasama diberikan. Selepas Zohor kakchik ada temujanji dengan peguam untuk membincangkan tindakan selanjutnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan.


Petang semalam, sempatlah juga kakchik order sebiji Pepperoni Chicken Pizza dari Pizza Station. Sebab lambat turun ambil maka pizza dah sejuk dan rasanya taklah umph lagi. Pizza ni akan sedap kalau dimakan panas-panas sebab base rotinya tu macam banyak rongga sangat. Kalau dah sejuk memang tak sedap.

Hari ni memang letih sungguh walaupun belum masuk tengahari. Kalian dok buat apa ya di saat ini?

10 comments:

  1. one z rumah dekat, senang la nak balik makan nasi.

    ReplyDelete
  2. sedapnya pizza kak chik!!!

    good luck ye kak chik!

    ReplyDelete
  3. Pizza station tu kat mana kakchik ? KB ke ? Tak perasan pulak.

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap tu....
    Moga urusan kakchik dipermudahkn Allah.

    ReplyDelete
  5. iu, pizza tu bukan kakchik yg buat hehe, beli je. terima kasih ya iu.

    ReplyDelete
  6. Kak Tie, Pizza Station kat KB ni ada 2. Satu dalam Kompleks Kota Sri Mutiara kat pintu utama dan yg satu lagi dalam KB Mall dekat depan Bonia.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak nza. pizza tu nampak je sedap tapi biasa2 je.

    ReplyDelete
  8. ohh...say abaru tahu ada org curi pic dari blog kakchik
    diaorang buat apa dengan pics tue...vandalism ke?

    ReplyDelete
  9. diorang edit dan ambil gambar kawan kakchik kat dalam tu untuk propaganda politik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs