Followers

12.1.11

Lekat Tulang, Berhati-hati Ketika Makan

Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman blogger.

Apa khabar pagi ni? Moga-moga iman kita di pagi hari ni masih lagi kuat dan utuh dalam menemani kehidupan kita sepanjang waktu berlalu.

Sumber: Andi Herman

Berita baik. Syukur alhamdulillah... tulang yang melekat kat anak tekak 2 hari lepas telahpun hilang dengan sendirinya. Bantuan Allah dengan usaha kakchik sendiri melakukan bebarapa usaha dan petua, akhirnya menyelamatkan tekak kakchik dari terus sakit akibat tulang yang kecil itu. Terima kasih ya Allah.

Bercakap pasal lekat tulang ni, ini ialah kali pertama kakchik mengalami masalah ini selepas hampir 18 tahun kakchik tidak menghadapi masalah dengan tulang ikan sewaktu makan. Agak lama tempoh masanya kerana kakchik amat berhati-hati semasa makan akibat satu peristiwa yang membawa kakchik ke klinik pakar ENT di HKB semasa di tahun 2 pengajian dulu.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila selangi daya ingatan kakchik masih kuat. Lekat tulang ikan sepanjang 1/2 cm di bahagian yang sukar untuk dilihat di dalam tekak telah menyebabkan kakchik menderita sakit beberapa hari semasa di Matrikulasi USM dulu. Masa tu sedang exam semester dan kakchik pula berulang-alik ke Klinik Kesihatan USM kerana doktor tidak berjaya mengeluarkan tulang ikan yang kecil tu.

Akhirnya kakak yang masa tu bertugas di HKB (kini HRPZ2) telah meminta bantuan seorang doktor pakar ENT di HKB untuk membuat sedikit rawatan. Syukur selepas tamat exam cuti semester bermula. Kakchik ambil tiket Pelangi Air terbang balik ke KB untuk appointment secepat mungkin kerana bimbang berlaku mudarat lebih besar pada tekak. 

Syukur alhamdulillah... dengan 2 suntikan bius akhirnya doktor berjaya mengeluarkan tulang yang telah membuatkan hidup kakchik tak keruan masa tu. Takdelah sampai kakchik jadi murung ya tapi terganggu kesihatan dan terganggu tumpuan untuk menghadapi exam. Kakchik sedih tapi kakchik bertahan juga kerana kakchik tahu Allah menguji kakchik melalui kecuaian kakchik sendiri - tidak hati-hati semasa makan nasi berlaukkan ikan.

Setelah sekian lama, akhirnya sekali lagi Allah uji kakchik dengan musibah yang sama cuma kali ini tidaklah seteruk 18 tahun lepas. Kali ini tulang ikan di dalam nasi kerabu yang dimakan bersama cik abe. Kecuaian kakchik ialah bercakap dengan cik abe semasa makan. Ketika itulah tulang itu Allah takdirkan menyelit di celah tekak kakchik. Satu peringatan bahawa semasa makan kenalah jaga adab-adab makan. 

Hanya dengan seketul tulang itu segala fokus minda kakchik terus berpusat ke sudut di mana ianya melekat. Bermakna ada sedikit kesukaran dalam nak mengalihkan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang perlu kakchik lakukan. Keceriaan juga berkurang kerana tulang itu menyebabkan kakchik mahu bermanja dan mengharap belas suami sedangkan kakchik bukannya sakit apa-apa. 

Nasib baik kakchk cepat sedar dan terus memikirkan bahawa ini baru ujian yang kecil. Kakchik tidak seharusnya lemah dan pergantungan kakchik yang utama mestilah kepada Allah. Memang kena berusaha menghilangkan mudarat itu tapi sepanjang masa kepada Allah tempat yang mesti kakchik mohon bantuan. Mana boleh kakchik harapkan cik abe menyelesaikan masalah ini? Dia bukan ada kepakaran dan dia juga manusia seperti kakchik yang lemah dan hanya mampu memberi sokongan moral. Itupun bila cik abe tanya, tulang dah hilang atau belum airmata sudah mula nak bergenang. Isyk... jiwa perempuan ni memang mudah tersentuh bila diambil-berat.

Dari pengalaman kakchik ni kakchik membuat penilaian pada diri sendiri. Katakan ujian yang Allah turunkan ke atas kakchik dalam hidup seharian sekecil itu tidak mampu kakchik lepasi, bagaimana agaknya jika Allah uji dengan dugaan besar dalam usaha kakchik menyampaikan Islam kepada masyarakat? Bukan kakchik tak pernah diuji tapi ketika itu rakan sejemaah ramai dan dekat. Apakata kalau diuji ketika ini? Di saat kakchik jauh dari mereka dan yang ada di sekeliling pula sekadar mampu melihat? Adakah kakchik berani dan mampu mengatasinya? Itulah pertanyaan yang kakchik soal pada diri agar kakchik cepat sedar dan kembali menguatkan semangat.

Untuk kuat dan istiqomah dalam melakukan kebaikan bukan satu yang mudah bila kita jauh dari jemaah (teman-teman yang juga memperjuangkan hidup beragama). Kawan memang ada ramai tapi kawan yang sentiasa mendorong ke arah kebaikan itu tidaklah ramai. Sebab itu kakchik sentiasa suka mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan sefikrah agar kekuatan iman sentiasa dapat dijaga. Walaupun mereka jauh tapi ruh persahabatan itu menjadi tali penguat kepada perjuangan kakchik sepanjang hidup ini. Biar yang datang itu ujian sekecil tulang ikan atau sebesar gigi jerung, yang pasti kakchik yakin Allah akan membantu hamba-hambaNya yang membantu agama Allah.

Allahua'alam.

6 comments:

  1. Salam Kak Chik..

    Mase kecik2 dulu saya pernah
    gak lekat tulang..mase tu balik umah arwah atok..Makcik saya kasi minum air suam dalam senduk..Alhamdulillah berhasil... :)

    ReplyDelete
  2. Wkslm Cik SHiNJU.

    Huhu, ada pengalaman jugak ya. Petua orang tua-tua adakalanya memang berhasil. Kali ni kakchik hanya buat air tawar sendiri je. Baca al-Fatihah dan selawat ke atas air dan minum mengikut sunnah. Sambil tu hisap gula-gula perlahan-lahan. Selebihnya doa dan tawakkal.

    Terima kasih ya Cik SHiNJU sudi singgah dan komen.

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik,

    Alhamduillah..keluar jugak akhirnya tulang ikan yg kecik tu...tumpang gembira bila kakcjik kembali ceria tanpa memikirkan lagi soal tulang ikan yg dok sangkut kat tekak tu.
    Kalau saya dlm kedudukan kakchik,rasanya saya pun lemah gak.mesti tiap saat fikir pasal tulang ikan tu.
    Betullah, yang kecil mcm tu pun ujian juga dr Allah...nak tengok tahap kesabaran kita. Yg pasti tak kan melepasi kemampuan kita...Kan Allah tu Maha Penyayang...
    Oklah kakchik...have a nice day. Take care of yourself.

    ReplyDelete
  4. salam kakchik..saya kalo makan ikan, gerenti tercekik tulang punyer, tambah lagi bila anak2 dok bising berebutkan lauk dan lain2...lagilah berisiko tinggi tercekik tulang.

    Selalunya saya akan muntahkan balik benda2 yang dimakan, dan tulang akan ikut serta keluar..itu cara gila saya..jangan ikut laahhh..

    banyak petua orang2 tua, antaranya kepal nasi, selawat dan telan..tak kurang juga yang suruh minum air kelapa mudah.

    sbb tu saya lebih suka makan telur, ayam, seafood...takde tulang..

    ReplyDelete
  5. Wkslm Alasmal.
    Ha'ah, syukur sangat. Hehe, orang kata sibukkan diri barulah tak ingat sgt masalah yg kecik tu. Kalau asyik difikir-fikir tentu ia jadi masalah besar pula. Alhamdulillah hari ni memang nice. Alasmal pun moga ceria dan gembira juga hari ni.

    ReplyDelete
  6. Wkslm noorma.
    Uish, kakchik ada jugak cuba nak muntahkan, tak menjadilah. Alih-alih angin je yang keluar w/pun tekak dah geli-geli.
    Memang byk betul petua nak buang tulang ni, ada juga yg menjadi.
    Noorma ni trauma makan ikan ni. Kakchik pun trauma jugak la tapi tak tahulah kalau ada nasi kerabu lagi, makan ke tak...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs