Assalamualaikum dan salam ukhuwwah dillah untuk semua teman-teman di mana saja berada. Semoga kalian semua di dalam rahmat kasih-sayang Allah hendaknya.
Rasa syukur sangat bila dapat menulis di dalam blog kesayangan selepas sehari lebih tiada sebarang update. Maafkan kakchik ya. Bukan tak mahu update tapi jadual kakchik sejak masuk tahun baru ni teramatlah padatnya terutama di waktu .office hour'.
Semalam Zahra' bermesyuarat kali pertama untuk 2011 jadi sebelum hari nak mesyuarat penting tu kenalah kakchik kemaskinikan beberapa perkara yang perlu dibawa ke dalam agenda mesyuarat. Walaupun kakchik pengerusi mesyuarat tapi kakchik juga kena buat kerja-kerja SU atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah... selesai juga akhirnya mesyuarat kami. Terasa seperti terangkat satu bongkah berat dari atas bahu. Kini kenalah kakchik bertindak segera ke atas beberapa keputusan mesyuarat.
Tiba-tiba belah petang kakchik dapat panggilan kecemasan dari cik abe. Katanya MIL kakchik masuk wad kerana ada kayu jatuh atas dia. Allahu Akbar! Terkejut sungguh rasanya sampai kakchik tak jadi nak makan tengahari (masa tu sebenarnya dah dekat pukul 4 ptg). Terus mengemas dan bergegas ke pejabat cik abe dan kami terus balik ke Pasir Puteh.
Bersama Mak masa balik raya puasa 1431H. |
Mak tak jadi masuk wad sebab darah dah berhenti mengalir jadi kami jumpa mak kat rumah. Kesian mak, 2 batang gigi atasnya patah dan bibir bawahnya koyak hingga perlu dijahit luar dan dalam. Kat luar 2 jahitan dan di dalam 5 jahitan. Yang buat kakchik sedih bila mak kata dah seharian dia tak makan apa satu. Bayangkanlah macamana nak makan bila yang cedera bahagian bibir kita.
Kakchik masakkan mak bubur nasi Korea. Ada belajar dari satu blog dan pernah juga tengok dalam drama Korea. Mudah saja nak memasaknya lagipun kakchik bukannya pandai sangat masak bubur nasi. Alhamdulillah dengan lebihan nasi yang ada sesenduk dalam periuk di dapur, kakchik masakkan mak bubur. Syukur... lega bila mak makan bubur tu dan dia kata ok. Hehe, agaknya tak sedap tapi mak takut kakcik kecik hati jadi dia kata ok.
Yang paling kakchik harapkan mak tak jatuh demam akibat kecederaan tu. Yelah, dia dah tua, w/pun luarannya mak nampak lincah tapi mungkin badan mak tak sekuat itu. Insyaallah mak ok. Kalau takde aral nak je balik lagi tengok mak tapi cik abe cuti hanya sehari. Kesian juga kakchik tengok dia penat dan nak berehat, tengoklah macamana nanti.
Sambil-sambil tu kena uruskan bisnes juga. Bila kakchik dah komit nak buat bisnes ni, kenalah kakchik buat betul-betul ikut yang Islam ajar. Nak kena jujur, nak kena baaaaanyak sabar. Kakchik syukur sebab punya ramai pelanggan setia yang berpuas-hati dengan khidmat kakchik tapi ada juga yang mengalami nasib kurang baik dan kakchik terpaksa minta maaf berkali-kali. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang dan kakchik amat sedar, dalam kita berusaha sungguh-sungguh untuk tertib dah berhati-hati dalam segala urusniaga, kesilapan tetap juga berlaku.
Berniaga ni banyak sungguh mendidik hati kakchik menjadi penyabar. Terasa nak lepaskan geram seperti tulis kat status di fb tapi kakchik tak buat, rasa cam kalau kakchik buat begitu, tentu ada juga orang lain yang lepaskan geram terhadap kakchik atau bisnes kakchik. Macam tak berkatlah pula. Tapi ada juga yang kakchik terlajak, misalnya geram kat perkhidmatan streamyx, kakchik tulis 'screamyx'. Insyaallah tahun ni taknak lepaskan geram kat siapa-siapa, tambah-tambah kalau pelanggan dan kawan. Taknak berbalik kat kakchik.
Kali ni kakchik akan buat dengan lebih baik, lebih cekap, lebih teratur, lebih mesra, lebih menyeronokkan dari tahun sudah. Demi matlamat akhir kakchik, nak semuanya menjadi bekalan menuju Allah.
Salam Kakchik,
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, mak kakchik tak ape2...btuah kakchik masih ada mak...Saya takde mak dan ayah lagi.Mrk "pergi' bersama dlm kemalangan jalan raya.
Walupun terkilan sungguh rasa di hati tp Allah mebih sygkan mrk..kami kena terima...saya kata tkilan sbb byk perkara saya tak sempat buat untuk mak saya...sungguhpun begitu,saya tahu hanya bekalan doa saja yg mampu saya berikan untuk kebahagiaan mrk di sana.
So kakchik masih ada peluang lg mberi kebahagiaan utk mak kakchik di dunia ni..semoga mak kakchik pjg umur dan diberikan kesihatan yg baik selalu.
Dlm menjalani dunia biznes,karenah pelanggan adalah cabaran utama...but customer always right kata org putih, so have to sabar je lah...semangat kakchik tinggi..I like it. Saya doakan biznes kakchik maju dan berjaya sampai buka cawangan kat Sarawak...boleh ye kakchik... slm.
salam kakchik. moga Allah mudhkan urusan kakchik. susah juga nak masuk ruang KOMEN ni, kdg lambat muncul, kalu ada SHOUTBOX tu mudah sikit. Tapi kalu kakchik rasa nak tutup pun, terpulang la;-)
ReplyDeletesalam,kak chik..teruk juga luka jahitan tu...biasanya kat hospital,mereka bagi blended diet...atau lebih pada nourishing fluids...moga luka mak cepat sembuh ye...
ReplyDeletetake care..
salam.semoga mak kakchik cepat smbuh..jaga lah ibu ketika dia masih ada.berkhidmat lah kepada mereka.semoga business kakchik maju jaya.
ReplyDeleteWkslm Alasmal.
ReplyDeleteTakziah atas kematian kedua2 ibu bapa Alasmal. Semoga Allah pelihara ruh mereka di tempat hamba-Nya yg beriman. Alhamdulillah mak kakchik masih ada tapi yang cedera ni ialah mak mertua kakchik. Insyaallah kakchik masih ada 2 orang mak iaitu umi dan mak. Nak lakukan yang terbaik semasa mereka masih ada. Smg Allah izinkan. Alasmal pula banyakkanlah mengirim doa dan membuat amalan baik terutama yang arwah berdua telah didik selama ni. Insyaallah doa anak mereka yg soleh akan sampai menerangi kediaman persinggahan mereka.
Pasal bisnes tu kakchik akan cuba lagi baik. Insyaallah.
wkslm umi. terima kasih umi. ada pro dan kontra juga antara kotak komen dgn shoutbox tu. tengok dulu mcmn sb chik baru je extreme ban beberapa URL tertentu. kalau muncul lagi, chik akan KIV shoutbox tu.
ReplyDeletewkslm ain. ha'ah memang lukanya agak teruk hinggakan kena doc pakar yg menjahit bibir mak yang koyak. harap2 adik2 di kg dpt bantu sediakan makanan lembut utk mak. kakchik dah balik ke rumah. hanya doa dan khabar saja yg mampu sampai.
ReplyDeletewkslm balqis. trm ksh. insyaallah cuba buat yg terbaik.
ReplyDelete