Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua anak-anak saudara kakchik dan juga semua adik-adik dan anak-anak teman-teman bloggers yang akan mula kembali ke sekolah esok. Tentu ramai juga yang anak-anak akan masuk Tahun 1 esok termasuklah 4 orang anak-anak saudara kesayangan kakchik iaitu Syuhada, Farihin, Iffah dan Amierah. Semoga semuanya memulakan alam baru di sekolah rendah dengan penuh keseronokan sebagai kanak-kanak yang telus.
Antara contoh beg jenama Farlisey yang akan kakchik jual. |
Hari ni, satu sejarah baru telah tercipta dalam diari bisnes kakchik. Alhamdulillah kini Abaya Elegan membuka satu cabang baru iaitu beg tangan jenama Farlisey dari Indonesia. Beg tangan yang diperbuat dari kulit sintetik yang berkualiti tinggi dengan jahitan yang kemas sekali. Cute, funky, trendy tapi menawan sekali. Kalau nak padankan dengan abaya pun senang sangat sebab abaya kan hitam jadi matching dengan beg warna apa pun boleh.
Insyaallah kakchik akan mulakan bisnes baru ini bermula malam ini. sekarang ni kakchik sedang edit gambar dan mungkin paling cepat esok kakchik akan upload sikit demi sedikit gambar-gambar beg mengikut koleksi masing-masing. Pasal harga jangan risau, buat masa ni takde satu pun yang mencecah RM100. Masih murah kerana ianya imported dan berkualiti.
Tolong doakan kakchik berjaya dalam hidup dunia akhirat dan berjaya juga dalam bisnes. Mahu jadi hartawan yang dermawan, insyaallah. Semoga Allah berkati hajat di hati ni dan sentiasa pandu jalan hidup kakchik agar sentiasa selari dengan kehendak-Nya.
Atas kakchik punya. Bawah kanan cik abe punya dan roti susu kami kongsi. |
Cerita lain pula. Petang tadi kakchik belanja cik abe makan malam di Restoran Hayaki sempena sebulan dia kerja di tempat baru. Kakchik tau kerjanya agak stress dan kadang-kadang balik ke rumah pun dia buat kerja syarikat juga. Hari ni kakchik tengok macam dia ada banyak benda yang perlu difikirkan jadi untuk menggembirakan hatinya, kakchik belanja dia makan makanan barat kesukaannya iaitu Chicken Chop Blackpepper di restoran itu.
Alhamdulillah... bila suami gembira, kakchik pun lagi... lah gembira. Sekarang nak berehat dulu. Insyaallah jika takde aral, esok kita jumpa lagi.
Wassalam.
salam kak chik,
ReplyDeletemama doakan agar Allah SWT makbulkan niat di hati kak chik yang suci murni itu.
selamat maju jaya...
Salam kakchik,
ReplyDeleteMy little boy Akmal pun masuk tadika pagi tadi...terpaksa tunggu dekat 45 min...hilang je saya dan ayah dia dr mata, start nangis...adoii..Ada upload gambar dia dlm fb..
Wah, makin maju bisnes..tahniah kakchik.tumpang bangga dgn muslimah yg kuat berusaha mcm kakchik...Insya Allah,org yg berusaha tu pasti akan mendapat ganjarannya.
tahniah kakchik, semoga terus maju... doakan kejayaan saya juga :)
ReplyDeleteTahniah kak chik..bisness makin berkembang. Moga menjadi contoh muslimah sekalian.
ReplyDelete