Followers

19.1.11

Tak puas tengok

Rekaan terbaru tema LOVE THE WAY YOU LOOK

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Entri santai pagi ni sekadar gambar pencuci mata untuk menghiburkan hati kakchik je. Tak tahulah kenapa sejak kakchik buat set ni semalam, kakchik suka benar nak ulang tengok. Perasan sungguh. Hati kata cantik, macam dalam majalah je.

Sesekali menghiburkan hati sendiri tak salah kan? Kalau tengok dalam gambar tu, ketinggian tumit kasut tu buat tak tahu aje ya. Insyaallah kat luar kakchik tak pakai yang tinggi melangit macam tu. Lagipun kurang sesuai dengan kita. Letak kasut tu pun sebab gabungan warnanya sangat kena dengan warna abaya tu.

Bila tengok gambar ni kakchik rasa bersemangat. Kakchik memang suka gabungan warna hitam dan merah. Abaya dan tudung pun banyak yang ada warna merah tapi sikit-sikit saja. Kalau banyak sangat merah kakchik tak gemar. Bimbang terlalu menonjol. Cukuplah secalit dua untuk naikkan semangat diri.

Rasa macam tahun ni nak mula buat rekaan untuk cadangan gaya berpakaian ala-ala magazine spread la pulak. Sambil-sambil menggilap bakat dalam bidang editing. Mana tahu kot satu hari nanti kakchik akan jadi editor pulak, hehe.

4 comments:

  1. salam kak chik, memang cantik..mcm kasut giuliana tu :)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik
    cantik..idah pun suka versi hitam merah..:)

    ReplyDelete
  3. wkslm ain. kasut juliana yang mana satu ain?

    ReplyDelete
  4. wkslm idah. elegan kan gabungan dua warna ni?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails