Keratan akhbar Kosmo hari ini. |
Kakchik membaca hadis ini di blog TAZKIRAH,
"Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram." - Sahih Bukhari
Ini pula status Ust. Zaharuddin di facebook
"Dosa bagi mereka yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah lebih besar berbanding dosa biasa. Merampas dan meragut sememangnya merupakan suatu dosa. Namun apabila ia dilakukan di ketika pemilik harta dalam keadaan cedera kemalangan sama ada di jalanraya atau kemusnahan di dalam rumah. Dosa penjenayah terbabit BERGANDA, KEHINAAN mereka di sisi Allah juga menjadi berganda."
Elok kita baca tulisan ustaz yang berkaitan hal mengambil hak orang tanpa usul periksa halal haramnya. Jangan kita ambil mudah perkara-perkara berkaitan dosa pahala dalam apa jua perkara.
Allahua'lam.
salam
ReplyDeletemana nak letak muka..terpampang muka2 (melayu)
yg dok kutip duit syiling tu..malu satu hal,dosa satu hal
ohh..duit org satu sen pun haram diambil...
Salam... ini kes yang lori terbalik ahri tu ya... Dah ke mana-manalah orang yang ambil duit tu... lagipun rasanya duit yang diambil taklah sampai cecah ratusan/ribuan ringgit kot... sebab tu yang mengambilnya anggap ia bukan salah... (salah tetap salah kan...)
ReplyDeleteSalam kakchik, kak tie baru je terfikir nak tulis tentang ni di blog. Tak pe, Kakchik dah tulis, alhamdulillah.
ReplyDeleteSebenarnya kak tie rasa malu betul. Bila baca akhbar online dari S'pore tu.. dah tentu di semua media antarabangsa. Adoi...
Tak sedar ke perbuatan gitu samalah dengan mencuri, mengambil hak orang tanpa kebenaran. Sedangkan bila kita jumpa duit di tengah jalan pun tak boleh ambil(takut tuannya akan kembali mencari), ini pula sah-sah tuannya ada dan merayu pula.
Duit syiling pulak tu! Bangsa kita pulak tu.. Yang dah matang, bukannya budak-budak.
Ya Allah, harap mereka-mereka ni cepat insaf!
Maaflah kakchik, kita emo betul hal ni.
wkslm kak kam. sayangnya makin ramai orang melayu islam yang lupa dosa dan pahala kak. kalau mereka sentiasa ingat dosa pahala ni, insyaallah mereka hanya tolong kutip dan serah kepada tuan punya bukan kutip jadikan harta pula.
ReplyDeletewkslm kak e. ha'ah kak, yang tu lah. kalau tengok muka depan kosmo yang laporkan berita mula-mula tu macam tak malu je para pengutip duit tu, siap tunjukkan media berapa banyak yang mereka kutip masuk dalam helmet. moga-moga semuanya insaf dan memulangkan duit orang tu.
ReplyDeletewkslm kaktie. kita memang malu pasal perbuatan mereka ni. entah apalah yang dilaporkan oleh media luar tentang perangan orang islam negara kita ni. memang benar-benar memalukan jika benar. sebaiknya janganlah media letak muka depan berita macam tu, cepat sangat akan diulang lapor oleh media luar dan akan memburukkan imej Islam di sini. harap2 orang Islam di sini segera sedar. takpe... emosi kerana kita bencikan sifat mazmumah, ok kak.
ReplyDelete