Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah.
Dah lama kakchik takde terima award. Entah dalam bulan berapa dah kali terakhir kakchik terima award dalam tahun lepas. Tak sangka pula awal tahun 2011 ni kakchik dapat rezeki dari kenalan jauh, ros@JMC atau blognya yang famous tu Bukan Sekadar Masakan.
Syukrallaki ya ros. Eheh, cakap Ara sikit. Nanti ros jawab dalam bahasa Jepun ya.
Rupa-rupanya ada pengertian pada award ni. Rasanya inilah kali pertama kakchik dapat award yang mempunyai pengertian di sebaliknya. Selalunya award datang sendiri gitu je atau bersama dengan tag. Tapi kali ni award dilengkapi dengan pengertian, menarik.
Jom kita baca apa pengertiannya. Kakchik copy paste dari blog ros aje ya.
: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::PENCIL yang besarMenunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.FILEM bergerak tanpa hentiMenunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.
LOGO bulat berkelip-kelipjika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.
Oh, rupanya begitu maksud di sebalik award yang comel ni. Allahua'lam betul atau tidak blog kakchik ni mempunyai persamaan pada pengertian award ni. Harap-harap ada sebab pengertiannya memberansangkan hehe.
Tunggu! Ahah! Kakchik kena forward/hadiahkan pula award ni kepada 5 orang blogger yang layak. Kena jadi filem yang sentiasa bergerak bagi membolehkan perkongsian ini sentiasa sampai kepada orang lain pula. Insyaallah kakchik akan senaraikan 5 blog. Susah nak pilih tapi dah dia nak 5 je, kakchik akan pilih blog yang selalu update dengan tulisan-tulisan yang bermanfaat untuk semua.
Kakchik nak hadiahkan award ni kepada:
1. Siti atau blackcardamompods - dok luar negara, rajin menulis dalam perspektif agama yang menjadi santapan jiwa kakchik. Siti pun rajin kongsikan masakannya. Kiranya ada persamaan serba sedikit antara minat kami berdua. Haha, betul ke ni Siti?
2. Catlina - kakchik tahu dia seorang doc veterinar, satu kerjaya yang menarik tapi dia juga punya hobi yang boleh menjadi duit iaitu fotografer. Memang dah macam pro catlina dan suami dia ni. Satu lagi kakchik suka sekali baca cerita-cerita tentang e-ein, si comel penyeri keluarga catlina.
3. Noorma - teman yang suka memasak. Kalau masuk blog dia pasti kakchik kecur airliur. Selain bertegur-sapa di blog, noorma pun rajin tegur kakchik di facebook. Jeleslah kakchik dengan noorma yang pandai memasak ni. Bak kata kakchik memang jeles habis dengan semua teman blogger yang pandai dan rajin memasak. Jeles yg baik-baik je.
4. Kak Nza - orang Kelate bermastautin di Johor. Seorang guru yang penuh dedikasi, seorang ibu yang kelakarlah juga terutama bila kakchik baca tulisan dia pasal anak-anaknya naurah dan farouk. Hari tu hajat nak jumpa tak kesampaian tapi Allah gantikan kakchik dapat jumpa adik kak nza, atiey.
5. Kak Atie - memang rajin memasak dan dia rajin juga jenguk kakchik kat sini w/pun kakchik ni kurang rajin menjenguk dia. Oleh kerana ramah-tamahnya kak atie ni kakchik lihat peminat blog dia sungguh cepat bertambah. Tahniah kak! Semoga terus rajin blogging.
Bukan mudah nak pilih 5 sebab kawan yang tersenarai dalam bloglist sangatlah ramai. Lama juga kakchik dok fikir dan pilih. Semoga tiada yang sedih sebab tak terpilih. Mana tahu kalau ada lagi kakchik dapat award, insyaallah kawan yang lain pula yang terpilih untuk turut menerimanya.
Berkawan biar ramai dan hati mesti ikhlas.
kekanda kakchik mari doh nok ambik award..
ReplyDeleteThanks kakchik krn ingatan dr kakchik tu...
ni award yg prtama thn nie...dan semoga kakchik xjemu brkunjung ke blog family akak tu.....
Assalamualaikum kak chik
ReplyDeleteAlamak...sungguh terharu dan segan sebenarnya..kita lum sama lagi dgn kak chik...kak chik lgi advance,kita baru bertatih je...hihihi..
nanti kita ambik n tampal kt umah kita.thanks ya!
terima kasih kak nza sudi datang terima award ni. kakchik pun dpt award pertama juga ni. kita kongsi sama-samalah ya.
ReplyDeletewa'alaikummussalam siti.
ReplyDeleteala... lebih kurang je. kakchik mula blogging awal pun, akhir tahun 2008 baru kakchik aktif.
terima kasih ya siti sudi terima.