Assalamualaikum dan selamat malam.
Ramai yang bertanya di mana kedaibuku kakchik? Baiklah, walaupun sudah acap kali juga kakchik menyebut alamatnya di sini dan di blogshop MariBaca Bookstore pun ada alamat lengkap, kakchik rasa dengan gambar maklumat akan jadi lebih jelas.
Inilah bangunan kompleks membeli-belah Kota Sri Mutiara yang di sebelahnya ialah Hotel Renaissance dan di dalamnya ada Pasaraya Billion. Kedaibuku MariBaca berada di dalam kompleks ini di TINGKAT 3 depan Butik AVON.
Kakchik harap kawan-kawan yang mencari-cari kedaibuku MariBaca lepas ini tak akan tersilap lagi. Tambahan maklumat, bangunan ini letaknya berhadapan dengan Sek. Keb. Langgar di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat dengan Masjid Langgar yang terkenal tu.
Kalau dari Pasir Puteh, Bachok dan Kubang Kerian mahu ke Kota Bharu pasti akan melalui hadapan bangunan ini. Dari jauh lagi sudah boleh nampak kerana:
Bangunannya sangat tinggi. Jadi, jemputlah singgah ya di MariBaca Bookstore jika kalian turun ke KB. Biasanya hari Khamis kakchik akan berada di kedai. Hari lain kakchik bekerja di Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.