Pasar Jumaat di Kota Jembal |
Assalamualaikum dan selamat berehat semua. Esok nak bangun awal untuk meneruskan hidup menjalankan anam amal makruf nahi mungkar. Sebelum tidur ni perut asyik terasa lapar je. Kalaulah ada bekalan buah-buahan seperti pisang yang masak ranum tu, alangkah terubat sikit.
Sayangnya bekalan sudah habis, kenalah tunggu esok untuk ke pasar membeli bekalan buah-buahan lagi. Antara buah yang kakchik paling suka ialah pisang. Itupun ada jenis-jenis pisang juga. Tak semuanya kakchik boleh makan.
Kalau pisang jelai, suka makan begitu saja. Tapi pisang nangka kakchik suka bila digoreng. Pisang kapas pula sedap bila dibuat jemput-jemput @ cekodok. Mmm... memang enak berkhasiat. Lagipun makan pisang boleh melawaskan membuang air.
Esok memang kena beli pisanglah.
Salam kakchik.
ReplyDeleteWah... pisang.. kak tie pun suka.
Terutama pisang nangka , boleh digoreng dan pisang kapas dibuat jejemput. Kota Jembal ni kak tie pernah dengar, suami ada sebut dulu..
Salam kak chik,
ReplyDeletelama tak tinggal komen kt sini..
saya pun suka pisang jelai berangan...sedapnyaaaaaa
kt rumah ni xputus pisang + belik cz suami akak suka sgt....
ReplyDeletewkslm kak tie.
ReplyDeletekakchik masih ingat, kak tie mmg suka pisang.
kota jembal tu kampung sebelah je kak. kat situ setiap jumaat ada pasar tani.
wkslm dilah.
ReplyDeletememang lama... sibuk dok baca buku la tu.
pisang jelai berangan mmg tiada tandingannya.
kak nza, cik abe akak tu tentu takde masalah perut kan sebab dia suka makan pisang. ejen pelawas tu.
ReplyDelete