Followers

12.1.11

Dapat Telefon Cordless Percuma

Sampai pagi tadi melalui Poslaju.

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Syukur alhamdulillah, barang yang tidak dinanti dan tidak juga diminta telah sampai ke tangan kakchik pagi tadi. Tak sangka juga TM akhirnya menunaikan janjinya yang dibuat kalau tak silap kakchik dalam bulan 10 tahun lepas. Janjinya jika kakchik tukar line telefon kepada plan baru yang umpama skim streamyx tu maka TM akan hadiahkan satu set cordless phone. 

Telefon tak penting sebab kakchik pun ada telefon tapi kecekapan talian itu yang penting dan sudah pasti kos bulanan yang menjimatkan. Tapi, walaupun agak lewat ia sampai, kakchik tetap berterima kasih atas hadiah ini. Nak balik tanya cik abe nak pakai kat mana di rumah tu sebab kami sebenarnya sudah ada satu cordless lain kat rumah.

Jika tak diperlukan mungkin kakchik sedekahkan aje telefon ni kepada tempat yang memerlukan. Apapun, nanti lepas bincang dengan suami dululah. 

2 comments:

  1. Salam kakchik...

    Bagaimana dengan 'tercekik tulang' tu? harap dah sembuh...

    ReplyDelete
  2. Wkslm kaka e. Alhamdulillah... dah selesai pagi tadi lagi kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails