Followers

17.1.11

Deko Islamic Untuk Rumah

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Banyak betul kerja hari ni kat pejabat. Kakchik baru saja balik dari Public Bank menguruskan kiriman wang ke Indonesia. Kalaulah wang itu kepunyaan kakchik alangkah cepatnya kakchik boleh langsaikan hutang-hutang yang ada. Terasa makin berat dah bahu ni memikul tunggakan yang belum habis dibayar ni. Apapun kakchik mesti terus berusaha untuk memastikan semuanya langsai secepat mungkin.

Baru online di facebook terus ternampak beberapa gambar menarik yang ditag kepada seorang rakan fb. Namanya Islamic Wall Decall. Sangat menarik perhatian kakchik. Duit takde... tapi kalau dah berkenan, tengok saja apa salahnya kan? Manalah tahu kot-kot nanti kakchik mampu deko rumah dengan hiasan Islamik sebegini.

Ruang tamu kami kecil, hiasan dan perabot yang ringkas begini kakchik suka.

Walaupun dah hampir setahun kakchik menghuni rumah baru tapi deko dalamannya belum siap sepenuhnya. Modal tak cukup nak siapkan semua sekali sebelum menghuni. Buat rumah tanpa pinjaman bank kenalah berdikit-dikit. Itupun banyak yang Ummi dan Ayah tolong. 

Bilik tidur kalau dapat buat macam ni tentu tenang kan?

Warna dinding tu kalau cerah sikit lagi, sesuai dengan jiwa.

Semua ringkas dan tidak serabut. Kakchik sangat suka tema minimalis dan rumah ada rak dan kabinet barulah menyimpan menjadi kemas. Sekarang ni masih belum tercapai sepenuhnya impian ni. Sikit-sikitlah ya.

Huhu. Yang ini kakchik terus jatuh hati.

Bilik tidur dengan cat berwarna hijau epal begini dengan hiasan khat begini. Cantik.

Yang, kita hias bilik kita macam ni ya. Tenang sekali rasanya. Ringkas dan kemas. Memang kami dua orang suka begini. Barulah senang dan aman nak buat kerja atau nak ke sana-sini mencari barang atau bersiap untuk ke pejabat di pagi hari.

Membina dan menghias rumah ni nak kena ikut juga cara Islam. Nak kena ada penerapan konsep hijab pada rumah kita. Ruang lelaki dan ruang perempuan barulah tidak bercampur bila ada majlis-majlis sosial. Penggunaan tirai atau tabir atau langsir juga penting untuk menjaga pandangan orang-orang yang tidak halal memandang dari melihat penghuni di dalam rumah atau di dalam bilik.

Rumah ialah hijab kita dari pelbagai sumber masalah. Nak faham konsep ni memang kena belajar dan meneliti. Bila kita faham konsep hijab pada pakaian insyaallah kita juga akan faham konsep hijab dalam membina rumah dan bangunan. Kakchik tak pandai nak ajar jadi kenalah rajin menambah ilmu dengan berusaha mencari.

Apalah yang kakchik bebelkan ni? Rumah itu hijab. Biar betul. Betul atau tidak, jangan terus buat kesimpulan. Selidik dahulu. Jangan terima bulat-bulat. Jom kita menghias rumah secara Islamik!

Sumber gambar: RoseSweet HomeDeco

19 comments:

  1. Adik imah ada buat islamic deco, khat yang di print atas canvas..sesiapa yang berminat, boleh tgk di http://kufishoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kak chik.. serius cantik yg bilik tu.. nak mcm tu la..

    ReplyDelete
  3. salam..terpikat juga deko Isalmik yang hijau tu..bilalah dapat deko ..kena ada rumah sendiri huhu

    ReplyDelete
  4. Imah, terima kasih atas perkongsian maklumat. Sangat menarik tu. Insyaallah kakchik simpan urlnya.

    ReplyDelete
  5. Mariah, kalau berkenan boleh beli sebenarnya dari RoseSweet HomeDeco tu. Klik atas namanya.

    ReplyDelete
  6. wkslm azy. insyaallah kita simpan dulu infonya. esok2 boleh hubungi untuk deko rumah.

    ReplyDelete
  7. salam kenal kak chik..cantikkan deko islamic klu pandai hias..tp yg ni rasanya sesuai letak kt bilik sembahyang..lg ok sb kalo kt bilik tido mcm tak sesuai..

    ReplyDelete
  8. cantik la ruang tamu & bilik tue kak chik..berkenan plak..

    ReplyDelete
  9. Cantiknya bilik tidur tu...ana mmg suka colour hijau ni sejuk mata memandang..hurm ada ilham tuk decorate blik cuti sem. nnt..hehe (^_^). Kakchik ana mohon tuk ambil gmbr blik tidur colour hijau 2 tuk diposkn dlm entri akan dtg di blog ana muslimahzalikha.blogspot blh?

    ReplyDelete
  10. salam kenal kembali shikinn. insyaallah pada kakchik kat mana-mana pun sesuai shikinn sebab seharusnya rumah kita itu setiap ruangnya mempunyai nilai islamik kecuali bilik air. islam menggalakkan kita menjadikan rumah itu umpama masjid bagi kita.

    ReplyDelete
  11. Ibu Qistina, boleh dibeli dan pasang sendiri tu. Cuba jenguk2 facebook RoseSweet HomeDeco ada banyak pilihan lagi.

    ReplyDelete
  12. Azzahra, memang menyejukkan jiwa warna tu. Insyaallah kakchik persilakan untuk salin gambar. Nanti kakchik ziarah blog Azzahra ya.

    ReplyDelete
  13. bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.

    Tidak perlu tulisan khat sebegitu. Cukuplah rumah yg bersih dindingnya. boleh tampal ayat quran dan terjemahan, tetapi atas niat utk menghafalnya. jika sudah hafal, turunkan ayat itu semula.

    Tulisan Allah dan Muhammad Rasul Allah bukan hiasan. Jika kita menghias rumah mengikut sunnah, secara automatik ia sudah islamik.

    tak perlu letak tulisan digantung2 dan payah nak membacanya juga.

    wallahu'alam

    p/s: boleh rujuk link ini utk panduan:

    http://www.islam-qa.com/en/ref/books/17

    semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  14. salam...hati sgt tertarik dengan bilik yg berwarna hijau epal tu...sgt tenang..ia akn jadi "bilik impian" untuk saya

    ReplyDelete
  15. wkslm DilEaBlOggEr. Samalah kita.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs