Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua. Apa khabar rohani dan jasmani? Semoga kedua-duanya dalam keadaan yang baik memberansangkan. Alhamdulillah.
Entri petang ini sekadar satu pemberitahuan dan jemputan kepada teman-teman terutama yang mempunyai anak-anak berusia sekitar umur 3 hingga 10 tahun untuk menyertai program di atas. Program ini anjuran Perpustakaan Dar Nur al-Zahra', Kota Bharu dan kakchik yang mengendalikannya.
Berikut ialah butiran mengenai program ini.
TARIKH: 29 Januari 2011 (24 Safar 1432H), Sabtu
TEMPAT: Ruang Keluarga, Perpustakaan Dar Nur al-Zahra', Telipot, KB, Kelantan
MASA: 10.00 pagi - 11.30 pagi
YURAN: RM5.00 seorang
Kalau boleh anak-anak bawa pensel warna dan alatulis sendiri ya. Insyaallah minggu ni selepas kakchik membacakan buku cerita, kakchik akan adakan sedikit post-reading activity.
Read aloud ni sebaik-baiknya diamalkan di rumah dalam masa 10 - 20 min sehari. Sekejap saja kan? Insyaallah kesannya amat baik untuk perkembangan minda dan jika dibuat dengan komited, akhlak juga akan dapat dibentuk dengan baik.
Jemput datang ya. Sebagai penutup, jemput tonton video kanak-kanak berempat ni.
Alhamdulillah...
Alahai..
ReplyDeleteSemangatnya dorg membaca kakchik..
hihi..=)
Seronok kan dapat tengok diorang?
ReplyDeleteWa comey2 nyer.........:) seronok tgok bebudak ni kak....sejuk hati....
ReplyDeleteHow is life sister? :)
kalau dekat nak jugak join kak chik...memang bagus untuk minda anak2...kalau ada masa saya juga akan bacakan buku untuk anak2...hmmm
ReplyDeleteas salam kakchik. skrg ni umi makin semangat nk bacakn buku utk anak2 lps baca entry read aloud yg kak chik tulis, really inspiring! jzkk kak chik.
ReplyDeleteTerima kasih ayu. Time diorang sibuk membaca tu memanglah seronok ayu tapi bila diorang dah bosan, nak pecah satu rumah dibuatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah... life is doing good.
shiori, tak mengapa. niat pun jadilah. cubalah buat dgn anak-anak. kalau diorang masih kecil insyaallah sangat mudah nak lekat habit ni.
ReplyDeletewkslm umi. alhamdulillah... semoga semangat umi tak padam. seronok bila anak-anak sukakan buku.
ReplyDelete