Followers

7.1.11

Alhamdulillah... cek sudah sampai

Assalamualaikum.

Kakchik cuma nak khabarkan yang baru pagi tadi kakchik tulis pasal menanti cek, petangnya cek pun sampai. Alhamdulillah... gembira. Cek sampai dalam hujan jadi habis basah sampul suratnya. Nasib baik cek masih elok takde rosak mana-mana. Cik abe pun dapat cek juga. Tak aci betul. Dia tu baru je bernuffnang berbanding kakchik tapi income dia lagi laju dari kakchik. Isyk... kalau macam ni nak tulis pasal bola jugak la.

Tapi kan... kakchik tak minat bola, susah sikitlah kalau macam tu. Nampaknya kena terus menulis macam biasa ajelah. Asalkan hati puas. Orang tak baca takde masalah yang penting kakchik mencatat kenangan kat sini dan menjana pendapatan sampingan. 

Okeh, inilah dia cek yang dinanti-nanti... alhamdulillah... esok kita depositkan ke akaun.

Nampak tak warna pink tu. Itulah sampul surat yang basah kena hujan.

Tak berusaha takde hasilnya. Rajin berusaha (menulis) insyaallah ada hasilnya.

5 comments:

  1. salam kakchik...bestnyer dh dapat cek...saya masih mengumpul lagi..biar banyak sikit. BE Colgate tu tak habis lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam.. Tahniah ye Kak Chik.. Nur pun tgh tunggu cek pertama dari Nuffnang.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...syukur...moga dengan ini akan menjadi pembakar semangat buat akak untuk terus menulis....=)

    ReplyDelete
  4. to Catlina: Terima kasih banyak.

    to Noorma: Wkslm noorma. Alhamdulillah... cek utk tahun lepas. Yang tahun ni kakchik pun dok kumpul2 juga ni. Mgkn nak cashout hjg bulan ni. Itupun kalau kakchik ingat hehe. BE tu lama2 pun takpe noorma, jumlah makin byk.

    to Nur: Wkslm Nur. Terima kasih. Dah sampai ke ceknya Nur?

    to Ain: Insyaallah ain. Semangat menulis tu sentiasa ada cuma lemah atau kuat je :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails