Followers

19.1.11

Bila elektrik terputus...

Assalamualaikum.

Tadi sebelum Maghrib elektrik terputus. Kami lepak-lepak sambil mendengar cerita. Siapa lagi yang bercerita kalau bukan kakchik, hehe. Bukan ape... anak-anak saudara kakchik ni macam excited sangat bila takde bekalan elektrik. Berderet diorang datang ke rumah. Ada yang kepit botol susu kat celah gigi dan ada juga yang sibuk nak bermain lampu suluh mini.

Cik abe menjadi mangsa Nana untuk menggentel, tabiat semulajadi bila dia nak hisap susu. Ingatkan dah masuk umur 6 tahun ni dia dah berhenti rupanya masih lagi ada tabiat tu. Emran pula hisap susu sambil gentel bucu bantal. Hahaha... macam-macamlah diorang ni.

Kakak dan Nana yang tak duduk diam langsung.
Oleh kerana masa bergelap agak lama tadi, kakchik main-main dengan kamera bersama kakak dan nana. Lepas tu diorang mula bising. Macam seronok je dapat baring-baring kat rumah kakchik. Si nana siap cakap, "panaslah dok atas rumah tokmek. Rumah chikja sejuk." Pandailah dia. Ada-ada je.

Toto saiz queen tu nak share 4 orang (3 budak kecik dan sorang dewasa) tentulah semuanya kena mengerekot sikit. Mulalah diorang nak bergaduh berebut ruang. Kesian suami kakchik tu terpaksa dok tengah-tengah. Kelakar sungguh kakchik tengok.

Eqbal sibuk nak pegang kamera.
Untuk alihkan perhatian diorang dari bergaduh adik-beradik, kakchik ajak diorang dengar cerita. Mestilah cerita dari pengalaman hidup barulah ada nilai moral yang tinggi. Kakchik cerita pasal macamana kakchik suka tidur di rumah arwah Mok, tiap-tiap malam berebut nak tidur kat celah ketiak arwah sebab hangat dang seronok dapat dengar ceritanya.

Lepas tu kakchik cerita pasal sekolah pulak. Dulu kakchik dan ibu diorang tak pernah dapat nombor lebih dari no 3 dalam seluruh sekolah. Sekali saja kakchik dapat no 3 masa darjah 2, terus dinasihati oleh tokmek (Ummi) dan tokmok (arwah Mok) sampai ke hari ni nasihat tu melekat. Alhamdulillah.

Semuanya berbaring kat depan rak buku, kawasan sejuk.
Cerita pulak tentang zaman kanak-kanak ibu diorang yang suka berbedak putih dan bertocang dua bila ke sekolah. Dulu adik kakchik tu ulat buku. Rasanya hampir semua buku yang ada dalam perpustakaan sekolah dibacanya. Patutlah dia menang anugerah pelajar rajin membaca masa tapi sejak kerja kat wad O & G, jarang kakchik tengok dia baca buku. Mana nak sempat... anak pun dah 5 termasuk 4 orang yang dok terkekeh-kekeh gelak mendengar cerita kakchik.

Nana ni macam-macam memek muka dibuatnya.
Belum sempat kakchik nak sambung cerita elektrik pun ada semula. Apa lagi kakchik dengan cik abe nak solat Isyaklah. Tadi takde air nak berwuduk. Kesian pulak bila tengok diorang, macam frust je tak dapat dengar cerita. Kakchik suruh diorang balik tidur awal sebab esok nak ke sekolah.

Alhamdulillah semuanya dengar kata kakchik dan balik tidur. Sekarang, kakchik pun nak tidur juga. Selamat malam. Assalamualaikum. Esok kita bercerita lagi. Insyaallah.

4 comments:

  1. Electric xde pun kita masih boleh manfaatkan masa kan? Alhamdulillah. Semoga dijauhkan dari kerugian pd membuang masa (Al-Asr)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik,
    lama tak menjenguk akak chik,maklum laa awal awal tahun sibuk memanjang,dah last2 nie baru laa tenang sikit..banyak N3 yg tertinggal,kena baca pelan2 nih

    ReplyDelete
  3. Mariah, insyaallah tiada masa yang dibazirkan begitu saja. Moga-moga pengisian kakchik bersama anak-anak saudara malam tadi memberi natijah yang baik kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. wkslm kakasma.
    rindu kat akak tapi kakchik tau akan sibuk dgn anak-anak sekolah. apatah lagi ada yang kecik tu. take your time la kak untuk membaca.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs