Followers

10.1.11

Institusi Rumahtangga Rosak Makin Teruk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Di awal pagi ni kakchik ada kesempatan sebenatar untuk melihat-lihat akhbar-akhbar semasa. Seperti biasa banyaklah berita tentang artis kita yang berbikini di negara orang dan hipokrit di negara sendiri. Selain itu banyak juga berita keruntuhan akhlak dalam institusi rumahtangga. Bagi kakchik, institusi keluarga ini sangat penting mengikut cara Islam barulah wujud Rumahtangga Muslim sepertimana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Beberapa hari lepas kakchik terbaca dalam satu akhbar bagaimana seorang ibu berjaya membongkar tembelang anak remajanya yang berusia 15 tahun yang lebih suka terperap di dalam bilik dan lewat malam kerap pula ke bilik air. Rupanya si anak sibuk menonton filem-filem animasi lucah dari Jepun yang dibeli dengan murah dan mudah di kedai-kedai VCD/DVD berdekatan. 

Hati kakchik terfikir kenapakah dari awal tidak dicegah? Usahlah memberikan kebebasan kepada anak remaja memiliki komputer peribadi dengan sambungan internet kerana dalam usia yang maha suka mencuba itu, perkara-perkara negatif lagi mudah menyusup masuk berbanding nilai-nilai rohani. Sementelah pula bila bersendirian di dalam bilik, sangat mudah digoda syaitan. Letaklah komputer di ruang tamu di tempat yang semua orang boleh nampak apa aktiviti yang sedang dilakukan. Jika terlalu berahsia tentu ada sesuatu yang mencurigakan sedang dilakukan. 

Sedih hati kakchik ni bila lihat anak-anak remaja hari ni semuda usia 12 tahun sudah punya laptop sendiri. Mana mungkin mereka membelinya sendiri melainkan ibu bapa yang membelikannya untuk mereka. Rosak anak-anak kita, maka janganlah nak marahkan mereka bila mereka tidak menghormati ibu bapa, nilai kasih-sayang mereka pada ibu bapa dan ahli keluarga juga berkurangan kerana semua masa untuk menyemai semua itu kini lebih difokuskan kepada komputer, internet dan games.

Itu baru satu contoh. Kalau dibaca dari muka ke muka dalam setiap akhbar tu terasa dahi makin lama makin berkerut, hati makin lama makin sedih, perasaan geram pun makin bertambah. Isteri kedua mencederakan isteri pertama dengan niat membunuh. Di manakah suami dalam situasi ini dan bagaimanakah boleh sampai jadi begini jika perkahwinan bermadu itu dilakukan mengikut sunnah nabi. Bila membaca laporan-laporan yang ditulis dan gabar-gambar yang dipaparkan, maafkan kakchik kalau antara kesimpulan yang hadir di hati ialah, mereka kurang didikan dan penghayatan agama.

Tapi... ada juga yang melakukan sumbang mahram dari kalangan mereka yang dikatakan hidup beragama. Si ayahnya sentiasa berkopiah, berserban dan si ibu sentiasa berjubah, bertudung labuh malah anak-anak juga telah dilatih sedari kecil berpakaian menutup aurat. Didikan apakah yang kurang di dalam keluarga itu? Sunnah nabi yang manakah yang tidak diikut dengan baik? Atau wujudnya sikat talam dua muka dalam diri ibu bapa yang memimpin keluarga itu? Pincang. 

Ada seseorang menceritakan kisah jiran di kampungnya yang hidup keluarga mereka seperti apa yang kakchik ceritakan di perenggan atas tadi. Tiba-tiba datang polis menangkap si bapa atas tuduhan merogol anak perempuannya yang baru berumur 14 tahun. Kata orang yang bercerita tu, selama ini dari luar kehidupan keluarga itu kelihatan sangat beragama, mungkin diukur dari pakaian mereka namun mereka sangatlah kurang mesra dengan jiran tetangga maka jiran-jiran tidak begitu mengenali sikap sebenar mereka. Allahu'alam kakchik pun tak berani nak kata. Moga-moga tidak lagi berlaku fitnah seperti itu kepada kami yang mahu mengamalkan cara hidup Islam dengan sebaik-baiknya.

Remaja bersalin sendirian dalam bilik air di rumahnya tapi ibu bapa dan ahli keluarga tidak tahupun yang selama ini dia mengandung anak zina. Astaghfirullahalaziim... bagaimana boleh langsung tidak perasan? Kakak kakchik yang kurus dan kecil itu mengandung pun kakchik boleh perasan kandungannya tak kan mereka tak perasan? Mungkin...buat andaian lagi, mungkin ibu bapa dan anak itu tiada hubungan mesra berkeluarga seperti yang dianjurkan Islam. Masing-masing buat hal masing-masing, keluar masuk rumah tanpa siapa peduli hinggakan perut yang semakin membesarpun tiada ahli keluarga yang nampak. Rasa sangat tidak logik bila alasan itu yang mak ayah remaja itu berikan bila disoal-siasat oleh polis.

Kakchik bimbang akan masa depan keluarga kakchik. Anak-anak saudara semakin membesar. Mereka saban hari melihat dan mendengar dari segala sumber yang boleh mempengaruhi jiwa mereka sepanjang mereka meningkat usia. Walaupun kita berusaha sebaik mungkin memberikan mereka didikan agama yang sebaiknya, menyediakan persekitaran kehidupan yang kondusif mengikut Islam malah cuba memilih sekolah dan aliran pendidikan yang menjurus kepada kehidupan beragama namun anasir-anasir jahat yang merosakkan sangatlah banyak. Saban hari menerobos ruang kehidupan kita.

Moga-moga segala apa didikan yang kami berikan sedari awal kepada anak-anak terutama asas tauhid kepada Allah akan menjadi asas yang kuat dalam diri mereka untuk berdepan dengan ancaman kerosakan sosial di dalam masyarakat yang semakin hari semakin cintakan hiburan dan kebebasan tanpa batas. Mohon Allah lindungi dan selamatkan kita semua yang cintakan Islam.

3 comments:

  1. betul kakchik..skng semakin picang institusi kekeluargaan.Idah yang ada 2org puteri,sentiasa mencari dan memberi didikan sebaiknya supaya apabila mereka besar nanti mereka akan pilih jalan yang baik.Sungguh takut jika anak yang diamanahkan tidak dijaga sebaiknya.Sekarang pengaruh luar amat hebat.

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik...

    Kedengarannya sangat menakutkan.

    "Rabbana wahablana min ladunka zurriyyatan toyyibah."

    Amin...

    ReplyDelete
  3. Idah - Itulah Idah, tentu sbg ibu Idah lagi tahu betapa kuat cabarannya dalam mendidik dan menjaga anak yang sedang membesar dalam dunia yang penuh materialistik ni. Semoga Idah berjaya mendidik mereka sebaik-baiknya.

    Syira - Amiin. Kenyataannya memang menakutkan terutama dari sudut akidah mereka.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs