Followers

19.1.11

Perkongsian: Memakai Tudung Dengan Betul

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.

Kakchik terbaca satu soal-jawab agama di dalam sebuah majalah dan merasa sangat elok jika kakchik kongsikan dengan teman-teman semua. Jomlah kita baca. Kakchik sudah membacanya tapi apa salahnya jika dibaca lagi sekali kan?

Gambar hiasan dari arkib KakChik'S Wardrobe.


SOALAN: Bagaimanakah cara memakai tudung yang betul mengikut syariat Islam? (Ku Iz, Rembau, Negeri Sembilan)

JAWAPAN:

Allah berfirman:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman... hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayah 31 surah al-Nur).

Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup payudara mereka. 

"Belahan dada" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bentuk V yang terletak di antara payudara. 

Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, padahal inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.

Ada pun fesyen tudung mini yang tidak sampai menutup payudara atau tudung yang diikat ke belakang kepala, leher atau bahu, ia tidak betul mengikut syariat Islam. 

Selain itu, tudung yang nipis dan tudung yang dipakai untuk menunjuk-nunjuk juga tidak betul mengikut syariat Islam.

Terima kasih kepada Ust. Kapten Hafiz Firdaus Abdullah yang telah menjawab persoalan ini.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber: Dara.com, Januari 2011

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. sentiasa menjaga untuk menutup V..

    ReplyDelete
  2. salam ..maaf alih topik skejap. k.chik, sy nk tanya dan minta tunjuk ajar ttg "mcmane nk buat side income berkaitan Nuffnang ni?" sy xberapa fhm..

    ReplyDelete
  3. Wkslm Mariah. Syukurlah kalau begitu. Pasal Nuffnang tu, kalau ikut cara kakchik takdelah beriya sangat sebab kakchik hanya mendaftar dgn Nuffnang, buka akaun, copy kod iklan dan letak di blog di tempat2 yang disarankan kemudian macam biasa saja, blogging mengikut mood. Sekali-sekala kakchik tulis pasal hal-hal berkaitan Nuffnang. Gitu je. Kata orang income tu datang dari pengunjung yang selalu ziarah blog, rating pengunjung yang tinggi, jumlah klik yang unik pada iklan dll. Kakchik tak ambil kisah pun semua tu. Kakchik hanya tulis blog je setiap hari.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak chik atas perkongsian ini.
    insyaAllah akan diamalkan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  5. sama-sama latifah. semoga Allah sentiasa mendorong kita.

    ReplyDelete
  6. terima atas perkongsian ini.
    sepotong ayat yang jelas
    tapi ramai bt tak tau je

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails