Papan tanda sebagai peringatan. |
Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Hanya sedikit kemaskini terakhir untuk hari ni sebelum kakchik masuk tidur. Malam ni mahu tidur awal sedikit sebab badan rasa kurang sihat gara-gara terlekat tulang. Tapi, jangan risau, insyaallah tulang akan keluar juga nanti. Moga Allah bantu kakchik.
BTW, siang tadi kakchik akhirnya berjaya mengambil gambar papan tanda besar yang setiap hari kakchik lihat tapi tak pernah sempat nak ambil gambarnya. Itulah dia... peringatan yang saban pagi masuk dalam hati kakchik bila kakchik lalu di jalan itu.
Terima kasih Kerajaan Kelantan kerana berusaha untuk mengingatkan kami rakyat negeri ini agar mengutamankan ibadat terutamanya ibadat solat. Moga-moga rakyat yang lalu-lalang setiap hari di jalan itu yang sudah pasti akan terbaca papan tanda itu akan sentiasa ingat perkara ini.
Insyaallah kakchik akan memastikan diri ini mendahulukan ibadat dari aktiviti lain dan mengutamakan solat di mana-mana saja.
Wassalam.
Alhamdulillah.
ReplyDeletesejuk mata memandang tengok sign board tu...
salam kak chik, nak guna gambar ni kat blog dan fb boleh?
ReplyDeleteSalam 1 Aqidah: ALLAH DIdahulukan
ReplyDeleteRASULULLAH
DIutamakan!:)
Latifah - kakchik sangat suka setiap hari dapat tengok papan tanda tu. Rasa diri diperingatkan.
ReplyDeleteNajwa - Wkslm. Silakan.
Rose - Slogan itu juga betul.