Followers

25.1.11

Bonding Time with Dearest Ummi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Al-Fatihah untuk arwah ibu mertua teman sekerja kakchik, kak akmar yang kehilangan ibu mertuanya pagi tadi. Insyaallah jam 3 petang nanti kakchik dan rakan yang lain akan menziarahi jenazah.

Semalam sepanjang waktu pagi kakchik dihabiskan di HUSM menemankan Ummi membuat pemeriksaan kesihatan berkalanya. Ada dua tempat yang perlu Ummi singgah iaitu Jabatan ECHO dan kemudiannya di Klinik Pakar Perubatan. 

Ada satu perasaan yang halus bergetar di hati bila kaki menjejaki hospital. Bagi kakchik hospital ni kaitannya ialah sakit, penyakit, ubat, ujian kesabaran, keyakinan, usaha dan kematian. Bau ubat di persekitarannya memang membuatkan kakchik rasa sedikit insaf.

Semasa Ummi di'scan' jantungnya di bilik ECHO, mata kakchik yang dapat melihat denyutan jantung Ummi di skrin rasa seperti mahu berair. Panas dan tiba-tiba rasa pedih tapi kakchik tahan saja takut jururawat hairan kenapa pulak dengan kakchik ni.

Syukur alhamdulillah kesihatan Ummi stabil cuma Ummi tetap perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan seperti sebelum ini. Ummi kakchik memang sangat komited dengan jadual makan ubatnya. Setiap kali melihat wajah Ummi, jauh di sudut hati kakchik insaf sebab belum berjaya menjadi anak Ummi yang solehah.

Degupan jantung Ummi membawa syukur di dalam hati. Syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kakchik untuk berbakti kepadanya. Syukur kerana Allah masih izinkan kakchik melakukan khidmat dan kebajikan untuk Ummi. Syukur kerana Ummi masih ada.

Kakchik bersyukur sebab semalam Allah pilih kakchik untuk bercuti dan menemankan Ummi ke hospital. Selalunya kakak yang temankan. Bertuah dia sebab banyak masa dia dapat habiskan dengan Ummi semasa menanti giliran di hospital tu. Masa beberapa jam kami bersama tu kami sembang-sembang pasal anak-anak saudara, pasal masa depan kami suami isteri. Bonding Time yang sungguh bermakna.

Seronok rasanya dapat jadi pemandu Ummi walaupun sekali-sekala. Seronok dapat temankan Ummi membeli nasi bungkus di Restoran Selera Kampung. Seronok pilihkan baju basahan untuk Ummi di Butik Peace Collections. Seronok membeli-belah di stokis HPA Kubang Kerian bersama Ummi. Dan paling seronok sama-sama makan nasi bungkus sampai habis kerana kelaparan hehe.

Macamana tak lapar? Sarapan pagi hanya minum segelas susu dan sekeping roti. Jam 2 petang baru urusan di hospital selesai. Ulang-alik pula memparkir dan mengambil kereta yang terpaksa diparkir di luar HUSM, depan BSN. Banyak lemak yang terbakar semalam. Bagus juga tapi memang lapar sungguh.

Bersama Ummi di Klinik Pakar

Semoga Allah izinkan kakchik melakukan banyak lagi khidmat untuk Ummi kerana kakchik tahu kakchik masih banyak yang mahu ditebus. Ummi sudah 64 tahun. Kakinya selalu sakit-sakit. Dalam usia yang semakin tua, Ummi perlukan banyak berehat. Kakchik malu sebab kakchik tak benar-benar berusaha menyenangkan Ummi.

6 comments:

  1. berbakti lah sementara ibu kita masih ada...sedih bila baca tulisan kak chik nih sebab ibu kita dah takde...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Iye, memang seronok dapat berbakti pada ibu. Satu perasaan yang tidak dapt diungkap, kalau nak rasa perasaan itu, kena la berbakti dulu..hehe. kan k.chik?

    ReplyDelete
  3. semoga ummi kakchik cepat sembuh, amin...

    ReplyDelete
  4. shiori, memang sepatutnya begitu. tapi itulah jarang kakchik dapat betul-betul berbakti kepada ummi tersayang kerana kelemahan diri sendiri. ibu shiori dah takde, kita boleh sentiasa sedekahkan al-fatihah untuk arwah dan sentiasa berakhlak mulia. insyaallah kubur mereka terang dan lapang.

    ReplyDelete
  5. Sangat benar bagai dikata Mariah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs