ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik nak bercerita kisah 5 orang anak RAJA yang setiap pagi menceriakan suasana di rumah keluarga kakchik. Anak-anak raja ni berumur 6, 5, 4, 2 tahun dan seorang lagi 4 bulan. Kalau dah namanya anak raja, memang kami kat rumah ni macam dayang dioranglah selalunya tapi takdelah sampai tak dihormati pula. Anak-anak raja ni insyaallah anak-anak yang baik.
Nak kenal siapa anak-anak raja ni? Inilah mereka:
5 orang anak-anak Raja. |
Anak raja yang pertama, hari ini telah memulakan hari pertamanya di alam sekolah rendah. Katanya dia ditempatkan di Kelas 1 Jaya dan hari ni cikgu ajarkan ABC untuk dia dan rakan sekelas. Hai... kesian anak raja yang seorang ni, dia dah laju membaca, bosan sakanlah dia di dalam kelas tadi. Takpe ya sayang, tentu esok cikgu akan ajarkan sesuatu yang lebih menarik. Kakchik puji sikap anak raja yang sulung ni. Sebab apa? Sebabnya dia ke Tahun 1 tanpa sebarang masalah di sekolahnya kecuali sedikit 'tunjuk perasaan' sebelum bertolak kerana tidak jumpa mencari dompetnya. Alhamdulillah... kiranya cepat juga anak raja ni berjaya dipujuk.
Adiknya pula iaitu anak raja kedua, semakin montel sepanjang musim cuti hinggakan tidak dapat nak memakai semua seluar seragam sekolah tadikanya dan terpaksa digantikan dengan seluar trek. Nasib baik anak raja yang ini sangat mudah dipujuk. Dapat buku cerita, amanlah dia. Semangat bukan main lagi nak ke tadika berbekalkan 2 buah buku cerita yang sesuai kanak-kanak Tahun 4 di dalam begnya. Bila kakchik tanya, "cikgu tak marah ke bawa novel ni?", jawabnya mudah saja, "nana nak baca kat sekolah takut boring.". Haha, anak raja yang seorang ni memang 'ulat buku' dan di usia 5 tahun, dia sangat pantas membaca. Alhamdulillah.
Anak raja yang ketiga pula ialah anak lelaki sulung yang sangatlag manjanya. Sebelum ni dia susah benar nak minat dengan buku tapi syukur alhamdulillah sejak didaftarkan oleh ibu dan abahnya ke tadika minggu lepas, kakchik gembira melihat dia begitu seronok bercerita tentang tadikanya. Hari ni pagi-pagi lagi anak raja dah mandi dan siap mengenakan seragam tadikanya. Kalau tahun lepas kakak yang sulung dan yang kedua belajar di tadika yang sama, tahun ini anak raka ke-3 akan berdua dengan kakak keduanya di sana. Moga-moga semangatnya tidak patah untuk terus ke tadika w/pun siang tadi berlaku sedikit kemalangan semasa bermain dengan rakan-rakannya di tadika.
Si comel yang baru rancak bercakap dan tidak puas-puas memanggil, " Ja... Ja..." ialah anak raja no empat yang sungguh menggeramkan hati kakchik. Geram nak cium-cium dan sayang-sayang si anak raja yang seorang ni. Kalau kakchik tersilap sebut 'nak mandi' di depannya, dia yang sudah mandi pun sibuklah nak buka baju untuk mandi. Hehehe, memang suka sangat mandi. Satu lagi si comel ini sangat suka ke dapur bersama kakchik untuk membuat air untuk ayah wae-nya. Mulut comelnya tak henti-henti mengulang sebut apa saja yang kita sebut. Isyk, buat kakchik rasa nak peluk-peluk dia. Dah la wangi bayinya masih belum hilang. Mmmm...
Kalau anak raja yang lain sudah boleh berjalan dan berlari, yang ini seorang masih lagi perlu didukung ke sana ke mari. Tapi itu tak jadi masalah sebab dayang kan ramai... hehe. Semua orang selalunya sibuk mengagah si comel periang ni setiap kali nampak dia. Cium kering, cium basah semuanya selalu saja singgah ke pipi dan dahi anak raja comel ni. Nak buat macamana kan? Dah dia comel dan wangi, siapa yang tak geram melihatnya. Anak raja yang ini tak banyak kerenahnya. Bila lapar je pasti dia menangis. Dah melepas pun sama jugalah haha. Tapi dia akan asyik ketawa mengekek bila tok mek atau tok ayah tegur dia. Pasti seronok telinga kita mendengarnya.
Begitulah adanya sedikit kisah tentang 5 orang anak Raja yang menjadi tetamu tetap ke 'istana' kakchik. Semoga semuanya membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada Allah dan Rasul.
kanak2 ni pembawa rezeki kan kepada org lain..
ReplyDeleteorg kata la...
...bila mereka berada disekeliling...masa berlalu tanpa kita sedarikan...seronok melayan..
ReplyDeletesalam kak chik..akak pun dah cuba makan kat hayaki tu..not bad harga murah
ReplyDeletekalau tak ada budak kecik memang bosan..nasib baiklah ramai anak buah kak chik
asha, kakchik setuju dan sememangnya setiap yang lahir itu telah Allah tulis rezeki masing-masing. insyaallah kita yang sekeliling ni pun akan terpalit juga.
ReplyDeleteain, ha'ah, betul tu. Riuh-rendah ketawa dan suara mereka begitu menghiburkan.
ReplyDeletewkslm kak ina. makanan kat hayaki tu adakalanya std dia turun- naik juga kak tapi nasib baik akak dapat makan yang sedap.
ReplyDeletekami dah biasa kak, tapi memang suka kalai diorang datang.