Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan-kawan semua.
Mata melirik melihat jam, sudah pukul 10 lebih rupanya. Lewat lagi kakchik update blog untuk hari ni. Nak buat macamana kan kalau hati nak menulis tapi badan perlu melakukan terlalu banyak aktiviti dalam hari ni. Bila sudah ada peluang untuk masuk ke alam maya ni, asyik pula facebooking hingga leka dan hilang idea untuk menulis. Tapi, janji pada diri kenalah usahakan ditepati juga. Sekurang-kurangnya satu update satu hari.
Hari Khamis
Ialah hari yang sentiasa sibuk buat kakchik. Kalau orang lain dapat cuti hujung minggu bolehlah berehat-rehat di rumah, keluar makan dengan keluarga atau pergi shopping, tapi kakchik perlukan hari Khamis untuk menguruskan tugasan rasmi rumahtangga dan bisnes.
Oleh kerana kami hanya ada sebuah kereta saja maka pagi-pagi kena hantar cik abe ke pejabatnya. Selalunya kami datang bersama, dia drive sampai ofis kemudian kakchik akan bawa kereta ke library dan petang kakchik akan ke pejabatnya semula untuk pulang bersama.
Gambar lama. Masa ni kami baru pindah ke lokasi sekarang. |
Selepas tinggalkan cik abe di pejabatnya kakchik terus ke restoran sebelah Kota Sri Mutiara untuk beli sarapan pagi. Teringat pula sudah lama tak belanja 2 orang pembantu kakchik makan, jadi kakchik belikan bihun goreng sebungkus dan mee goreng basah sebungkus untuk diorang berdua. Kakchik punya nasi berlauk ayam goreng. semuanya sedap insyaallah.
Terus ke MariBaca Bookstore untuk mengambil abaya yang telah dibungkus untuk diposkan. Tengok-tengok buku rekod pelanggan pula tertinggal di rumah. Takde masalah sebab kakchik memang kena balik ke rumah dulu untuk beberapa hal rumahtangga. Sambil menunggu pembantu datang kakchik ubahsuai sikit kedudukan rak-rak buku dan susun-atur semula abaya-abaya di rak mengikut saiz. Satu rak untuk abaya saiz XS - M dan satu lagi untuk saiz L - XXL. Mudahkan pelanggan memilih.
Sudut kerja Abaya Elegan dulu. Kini dah berubah sikit. |
Hairan sungguh. Dari jam 10 pagi hingga jam 1.30 petang pembantu kakchik yang berdua tu tak datang-datang juga. Hmm... dalam hati tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Hujan non-stop dari pagi hari sebelumnya, banjir ke... demam ke... macam-macam kakchik fikir risaulah juga. Kakchik tak fikir diaorang mencuri tulang sebab setakat ni prestasi kerja mereka dari segi tepat masa datang kerja tu masih baik dan jika ada masalah mereka akan hantar SMS. Oh, baru teringat, telefon juga tertinggal di rumah.
Oleh kerana kakchik belum makan apa-apa sepanjang pagi dan kakchik juga perlu poskan barang pelanggan maka kakchik tutup kedai dan mengharapkan pembantu kakchik untuk shif malam akan sampai sebentar lagi. Alhamdulillah masa kakchik memandu keluar dari garaj pasaraya tu kakchik nampak dia datang, basah kuyup sebab berjalan kaki dari rumah sewanya. Kesian pula jadi kakchik guna isyarat tangan ajelah bagitau dia yang kakchik ke kedai tadi. Nanti kakchik akan telefon semula untuk tanya khabar.
Bungkusan abaya dan buku yang diposkan untuk pelanggan. Gambar Fail. |
Bila cuaca hujan, hari Khamis, jalan-jalan utama di KB akan selalunya sesak. Masa untuk balik ke rumah yang biasanya hanya 20 min menjadi hampir 40 min. Jadi kakchik lencongkan kereta ke arah Kubang Kerian, ke BIMB untuk mengambil buku cek, deposit tunai sedikit dan tunaikan sekeping cek. Kenyang kakchik dengan makan 'jem' kosong sampaikan bila tiba kat rumah, macam tak larat dah nak makan nasi. Dan 2 bungkus bihun dan mee tu kakchik sedekah aje kepada adik ipar yang akan balik ke Sg. Petani.
Lepas makan, kakchik cek semua bungkusan yang akan diposkan dan rancang untuk ke Telco/Skynet saja kerana kalau nak poslaju kenalah ke Pos Besar KB sebab sudah jam 3 lebih. Sayangnya bila kakchik redah hujan lebat dan kesesakan, sampai di Skynet, borang pulak habis huhu. Sabar... ada masa lagi ni. Jam dah 4 petang dan jalan Sultan Ibrahim menuju ke Pos Besar itu sangatlah sesak di waktu puncak ni. Kena redah juga, janji barang pelanggan selesai poslaju hari ni.
Syukur sekali lagi, w/pun pergerakan kenderaan sangat perlahan, sambil berdoa sambil berzikir, akhirnya kakchik sampai di pos besar 20 min sebelum pukul 5 petang. Alhamdulillah... berjaya akhirnya melaksanakan janji dan t/jawab kepada pelanggan. Moga-moga barang akan sampai dengan selamat esok hari dan paling penting pelanggan puas hati menerimanya. Sedih juga bila pelanggan gembira dapat barang tapi ada slack sana-sini.
Dalam basah kuyup kakchik memandu lagi. Kali ni ke Al-Quds untuk mengambil suami tersayang. Selalunya susah nak dapat parking kat situ tapi hari ni mudah saja w/pun ada banyak kereta yang parking lebih awal. Kakchik tak turun seperti biasa tapi tunggu cik abe dalam kereta saja sambil baca terjemahan Quran (sedang uzur). Gangguan mengantuk, jadi kakchik tamatkan bacaan dan cuba untuk lena sebentar tapi bising kenderaan lalu-lalang menarik perhatian kakchik. Membuang masa dengan melihat tayar kereta keluar masuk lopak sebab jalan sangat teruk kat situ.
Alhamdulillah... hati sangat happy bila nampak cik abe dah keluar. Terus panjat ke kerusi penumpang hehe... kakchik kan kecik, senang je nak ke sebelah tu. Kita jadi mem la pulak, cik abe yang pandu. Dia senyum, kakchik senyum. Let's go home Yang.
p/s: Ada SMS dari pembantu shif pagi, rumahnya banjir jadi dia tak dapat datang kerja. Lega dapat mesej. Harap-harap dia sekeluarga selamat.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.