Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar kalian semua petang ini? Kakchik doakan semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan menggunakan kesempatan yang ada di hari ini untuk mengejar waktu menambah amalan kebajikan untuk bekalan di akhirat nanti. Di saat ini kakchik berehat sebentar dari meneruskan kerja. Orang Kelantan kata "Bbeto oghak."
Sebenarnya kakchik tidak rancang untuk menulis di waktu ini kerana pagi tadi kakchik rancang mahu menulis berkaitan saranan Dr. M dalam isu ledakan pornografi di alam siber Malaysia. Tapi bila tiba peluang untuk menulis, ilham lain pula yang datang. Tak mengapalah, mungkin ilham yang ini mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding isu pagi tadi.
Baiklah, kawan-kawan pun tahukan kakchik ini memakai purdah. Bagi yang baru mengenali blog kakchik mungkin sekadar singgah sebentar tidak akan tahu peribadi pemiliknya. Jadi selamat berkenalanlah ya. Salam taaruf dari kakchik, seorang muslimah berpurdah dari Kota Bharu, Kelantan.
Sudah acap kali kakchik terfikir, betapa bertuahnya wanita hari ini berbanding masa kakchik berusia awal 20an dulu. Kenapa kakchik berkata begitu? Iyalah, kalau dilihat di facebook, betapa ramainya wanita yang berpurdah sama ada sepenuh masa atau separuh masa (dan ada juga yang sekadar main-main, saja-saja berpurdah). Bila begitu ramai bermakna zaman sekarang ni memakai purdah semakin diterima oleh masyarakat Malaysia.
Di masa kakchik mula memakai purdah dulu, boleh dikatakan sukar sekali untuk bertemu muslimat lain yang juga berpurdah. Kalau adapun selalunya dalam jemaah yang sama atau di majlis-majlis agama. Kalau di kampus, di bandar atau di kampung, memang teramatlah sukar nak ketemu.
Tapi manisnya memakai purdah ketika itu kerana ujian-ujian yang datang ke atas diri hanya kerana secebis kain yang menutup wajah. Jiwa sentiasa subur dengan peringatan-peringatan dan semangat dakwah selalu saja dikemaskini dengan kerap. Bahagianya amat mendalam bila wajah tidak lagi menjadi tatapan awam.
Kakchik tidak tahu orang lain tapi dari pengalaman sendiri, kakchik berusaha memastikan orang-orang yang berhubung dengan kakchik boleh menerima penampilan kakchik tanpa banyak soal. Kalau ada soalan pun jenis-jenis soalan mahu tahu, mahu kenal lebih lanjut alasannya, mahu belajar, mahu kenal Islam. Insyaallah kakchik layan sebaik-baiknya.
Azan Asar, sambung di rumah nanti. Insyaallah.
Salam kakchik,
ReplyDeleteKak tie dulu pernah punya sahabat dari Sabah masa menuntut di ITM dulu.
Dia berpurdah, masa tu, semua orang yang berpurdah mengenakan pakaian warna hitam sahaja.
Kami yang biasa-biasa ni mulanya agak gerun, tapi setelah berkenalan melalui program usrah yang mereka sendiri adakan, barulah tahu, dan kenal hati budi masing-masing.
Kak tie masih kenangkan seorang kakak ni, namanya Kee Kamariah, seorang mualaf. Wajahnya amat berseri, tenang dan sifatnya, sungguh lembut sekali. Pertama kali jumpa, dah suka, hehe... macam orang berkasih lak.
Tetiba rasa rindu padanya.
salam kkchik,
ReplyDeletedoakn seruan utk Hanie berpurdah ye..terasa semakin dekat insyaAllah...:)
berpurdah xsemesti brwarna hitam kan?ramai kwn2 Hanie yg mude2 ni pakai purdah berwarna...mak Hanie pun kdgkala pakai warna coklat gelap,biru gelap...yg gelap2 je lah,tak lah mcm warna org muda..tp hitam itu lebih afdhol kan ?
salam kak chik..
ReplyDeletemaaf klu sy katakan dulu2 sy jg takut tengok wanita berpurdah...
tapi skrg sy melihat wanita berpurdah sebenarnye sangat cantik..sejuk mata memandang.mereka seorang yang sgt berani, penyabar, dan independent..
Assalammualaikum, Chik dan kenalan baru,
ReplyDeleteSaya pula lebih suka warna hitam. Hitam itu menawan. Kereta2 mewah kebanyakannya warna hitamkan, hehe.
Dari pengalaman saya, bila berpurdah ni kena ikhlaskan senyuman, sebab org tak nampak kita senyum, jadi senyuman tu biar sampai ke mata. Dan kena banyakkan eye-contact, kecuali dengan lelaki ajnabi lah. InsyaAllah orang tak gerun.
Saya pun mendoakan lebih ramai muslimah akan tampil berpurdah kerana Allah. Subhanallah, banyak hikmahnya berpurdah ni, yang zahir dan yang batin, walaupun cabarannya hebat. :-)
salam kak chik,
ReplyDeletemoga kak chik akan sentiasa istiqamah dlm apa jua perkara yg kak chik lakukan...
if berkelapangan, jom join contest di blog sy...
Wkslm kak tie. Macam kebetulan je. Kawan yang banyak mempengaruhi kakchik untuk pakai purdah pun orang Sabah juga.
ReplyDeleteKakchik dulu bila dapat tengok kakak2 yang pakai purdah buka purdah diorang bila bersama muslimat sahaja, terasa berserinya wajah mereka. rasa nak je jadi macam mereka.
Semoga satu hari Allah akan temukan kembali akak dengan kak Kee Kamariah tu.
Wkslm Hanie. Semoga hajat Hanie tercapai. Pada kakchik warna itu asalkan tidak terang benderang boleh saja. Sebelum ni kakchik pun pakai pelbagai warna juga bergantung kepada warna tudung yang dipakai sebab biasanya kakchik jahit purdah sekali dgn tudung. Cuma skrg ni kakchik lebih serasi dgn hitam.
ReplyDeleteWkslm Dahlia. Samalah kita. Masa tahun 80an dulu kakchik juga rasa gerun bila tengok muslimah berpurdah (hitam) tapi dengan ilmu dan pengalaman, pandangan itu telah berubah. Tak kenal maka tak cinta kata peribahasa kita.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak Haza. Terima kasih sampai juga akak ke blog ini dan menulis komen. Hitam itu menawan kata iklan di tv tapi kita pilih hitam bukan untuk menawan manusia tapi mahu 'menawan' Allah. Kakchik pun suka muslimah makin ramai berpurdah, semoga makin aman makmur negara kita bila muslimah menjaga aurat dgn sebaik-baiknya.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Areef. Terima kasih banyak kerana sudi mendoakan kakchik. Hanya Allah jua yang mampu memberi balasan yang setimpal untuk Areef.
ReplyDeleteTentang contest tu, kakchik akan tengok tapi tak pasti dapat join atau tidak.