Followers

13.1.11

Read Aloud & Storytelling

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat semua.

Malam Jumaat ni banyak sekali kebaikannya terutamanya dalam usaha kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malam ni buat apa saja yang halal dengan niat kerana Allah insyaallah akan menjadi satu ibadah. Yang halal saja ya.

Read Aloud & Storytelling Session di MariBaca Bookstore.

Malam ni kakchik sepatutnya berada di tempat tamrin di Machang tapi oleh kerana ada maslahat lain, kakchik tidak hadir ke tamrin. Sudah begitu lama kakchik tidak mengikuti tamrin secara formal. Patutlah ilmu tak bertambah-tambah, iman pula makin lama makin nipis saja. Insyaallah kena cepat ganti dengan ke usrah Jumaat depan. Wajib!

Gambar kenangan satu sessi Read Aloud yang mula dilaksanakan dalam tahun 2005. 

Sebelum kakchik berehat, kakchik nak khabarkan sikit yang HARI SABTU ni, lusa, kakchik akan kembali mengendalikan program bercerita bersama kanak-kanak yang kakchik panggil READ ALOUD & STORYTELLING. Program ni akan dibuat di Perpustakaan Dar Nur al-Zahra', Telipot, KB. 

Inipun gambar 2005. Kenangan sungguh.

Masanya dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi, sekejap saja. Tak boleh lama sangat nanti anak-anak bosan dan intipati program akan cepat luntur. Ibu-ibu digalakkan hadir sama sebab kakchik nak ajarkan cara-cara nak bercerita secara READ ALOUD dengan anak-anak. Rugi tau kalau tak belajar. Mudah saja. Masa yang perlu pun cuma 10 - 20 min je sehari.

Apa dia READ ALOUD ni?

Read Aloud ni ringkasnya kita bercerita dengan membacakan buku secara kuat kepada anak-anak. Mesti nak ada buku. Ada caranya, sangatlah mudahnya. Kalau nak tahu, kenalah belajar dengan kakchik. Bawa anak-anak, bayar RM5 seorang, insyaallah kita akan sama-sama berseronok nanti. Seronok sangat.

Antara buku-buku rujukan kakchik yang masih dibaca dan dirujuk.

Kakchik belajar tentang READ ALOUD ini melalui buku-buku, pengalaman orang lain terutama kakak-kakak dari Ummiku Sayang dan selebihnya adalah keizinan dari Allah SWT yang memudahkan kakchik mencari bahan, mengkaji dan mengaplikasikan kaedah yang kakchik belajar ni. Tahu sajalah , hampir setiap tahun kakchik mendapat anak saudara baru jadi sememangnya kakchik aplikasikan sepenuhnya READ ALOUD ni di dalam keluarga.

Antara buku yang kakchik gunakan untuk Read Aloud.

Insyaallah anak-anak akan cintakn buku, sayang buku, sukakan ilmu, reti hargai buku, tahu nak jaga buku dan seronok hidup dengan buku. Kita semua pun tahu kan, di dalam buku ada pelbagai khazanah ilmu. Untuk mendapat harta dari buku ini, minat mestilah ada dan dari kecillah kita menanamnya.

READ ALOUD adalah caranya untuk menjadikan ia satu kenyataan. Jom!

Dan kakchik ada blog khusus untuk program ini yang kakchik panggil Read Aloud Kota Bharu. Kalau sudi jemputlah tengok.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak chik,

    Bgus pgram tu,mcm stail sini.setiap kali school holiday,mcm2 prgram library buat.ada pertandingan sape byk baca buku dpt sticker n sijil,pertandingan drawing.nanti kak chik buleh ambik sedikit idea sini apply kt kb.mesti ramai ank kecil jdkn library tmpt lepak.library sini jenis bising,derang xmrh kalau bising pastu ada kawasan mainan utk budak.ada komputer utk budak main games online tp tak semua games ada.yg ntah apa2 derang block.

    Selain tu,boleh dekatkn ank kecil pada islam

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak chik,
    dah lama saya tunggu peluang ni. insyaAllah, kalau suami dpt cuti esok, saya akan bawak anak2 utk join sama esok. Jumpa nanti yea!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs