Assalamualaikum dan selamat malam.
Jumpa lagi kita malam ni. Kali ni kakchik cuma nak kongsikan sedikit ilmu dan banyak gambar. Ilmunya ialah bagaimana mewujudkan kecintaan anak-anak terhadap buku dan ilmu.
Pernah dengar ayat ini?
"Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad."
Sudah tentu pernah kan? Jadi berdasarkan ayat inilah kakchik telah memulakan praktikalnya melalui amalan memperkenalkan buku kepada anak-anak saudara yang baru lahir.
Buku kesayangan kakchik dan kesukaan anak-anak saudara. |
Biasaya seawal hari pertama lagi kakchik sudah perkenalkan mereka dengan buku. Selalunya kakchik baca buku ini (di atas tu) terutama bila anak yang baru lahir itu mempunyai abang dan kakak. Sangat berkesan.
Eqbal yang berusia setahun lebih sudah serasi membaca buku. Alhamdulillah. |
Hasilnya, alhamdulillah semakin mereka membesar mereka mudah serasi dengan buku, ilmu, bercerita, membaca, menyimpan buku dan menghargai buku.
Buku yang berat itupun cuba dipegangnya. Kononnya membacalah tu. |
Kalau pergi ke pasaraya, kami singgah kedaibuku dulu sebelum ke tempat lain. Tapi kita orang dewasa ni kenalah sabar sebab kanak-kanak fitrahnya tidak dapat nak berikan tumpuan yang lama pada sesuatu perkara. Begitu juga dengan membaca.
Eqbal cuba meniru bagaimana hamster duduk. |
Tapi, yang penting, setiap hari, membaca buku adalah satu aktiviti wajib dalam kehidupan mereka. Bila kita jadikan buku itu satu keseronokan, insyaallah membaca akan menjadi seronok. Hidup dengan buku menjadi seronok
Kita pun tahu sesuatu yang menyeronokkan semua orang pun suka. Betul kan?
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.