Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk teman-teman semua.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT sebab masih lagi diiznkan oleh-Nya untuk berada di atas bumi pinjaman ini untuk menambah bekalan hidup di akhirat nanti. Kalau semalam kita cuma dapat melakukan sedikit kebaikan, insyaallah peluang yang Allah beri pada hari ini mestilah kita gunakan sepenuhnya dan sebaik-baiknya untuk mendapatkan sebanyak-banyak manfaat dan mestilah dengan niat kerana-Nya.
Sumber: Riwayat Hariku |
Berkaitan dengan itu kakchik ingin kongsikan maklumat yang telah dikongsikan oleh teman blogger iaitu SOP (Riwayat Hariku) mengenai senarai blogwalkers yang penipu. Penipu dalam ertikata mereka KONONnya datang singgah ke blog kita dengan meninggalkan komen di shoutmix atau cbox walhal sebenarnya mereka tak pernah datang pun.
Terima kasih kepada SOP kerana kongsikan SENARAI INI:
Newbie
Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
Innovator -
Joe -
Fashion Girl
Sembang Kosong - ---- kalian kenal dia ini ~!!!
Popolita ( rasa macam nak bagi pelempang je... )
Cilupbah (kalian pasti kenal dia~!)
Anggur
Melati Putih
Cahaya Cinta
Suhaisweet
GetMovie124
Umar Yang Cute <---- Kalian PASTI KENAL~!
Blur a.k.a Jiwa Kacau -<---- kalian kenal dia~!!!
Syamsid -
Joe a.k.a Faizol-1
Kakchik merahkan nama-nama samaran yang memang selalu saja ada di shoutmix kakchik tak kira pagi petang siang malam. Sekali baca mesej dan tengok url ringkas pun kakchik dah tahu mereka PENIPU. Sebab itu kakchik sudah tidak layan dan tidak pernah klik pun URL mereka. Sesetengah tu sudah kena BAN TAHAP EXTREME tapi... tahu ajelah, kalau dah tak sedar diri tu mereka akan usaha guna ROBOT yang lain pula.
Kakchik rasa ada lagi yang baru-baru belum masuk dalam senarai kat atas tu. Ada yang tinggal komen,
"Hai. Terima kasih sudi singgah blog saya."atau,
"Salam. Ini adalah kunjungan balas dari saya."
Bunyinya macam kita sudah pernah singgah di blog mereka dan kini mereka datang untuk kunjungan balas. Kakchik dah terkena dua hari lepas dengan mesej sebegini. Bila tengok URL bukan yang shortcut jadi kakchik klik nak tengok. Manalah tahu kot kakchik lupa yang kakchik pernah singgah dan tinggalkan mesej atau komen.
SAH! Memang tak pernah singgah pun lagi kat blog tu. Terkenalah nampaknya. Taktik para PEMALAS yang nak orang datang ke blog mereka mungkin atas beberapa alasan yang berkaitan dengan jumlah pengunjung yang juga bersangkutan dengan MEMBUAT DUIT untuk blog. Iysk... isyk... isyk... tak baiklah macam tu.
Elakkan dari MENIPU dalam apa juga perkara yang kita buat. Kalau tak sempat atau tak mampu nak BLOGWALKING ke blog orang, SABARLAH. Cari masa, BWlah puas-puas. Jangan tinggal mesej SPAM, pemilik blog akan tahu anda TIDAK IKHLAS.
MENIPU BERDOSA! MENIPU BERDOSA!
Elakkan dari menipu dari sekecil-kecil perbuatan misalnya blogwalking dan lebih-lebih lagi jika perbuatan besar yang akan membawa mudarat. Ingat, MENIPU BERDOSA.
Salam kakchik.. entah la kakchik, diorang kata fungsi auto blogwalking ni boleh menaikkan traffic. Wallahhualam... Dulu saya pun ada buat, tp mcm tak seronok jer.. baik pegi sendiri blog2 tu semua dan baca kisah2 mereka..
ReplyDeleteentahlah kak chik..mereka ni berblog nak dapatkan duit yang cepat tapi malas nak berusaha.
ReplyDeletetu sebab akak buang shout box, akak lebih suka tinggalkan komen kat bawah N3. Barulah ikhlas kan
Wkslm Noorma. Memang diorang guna perisian autoblogwalking la tu. Noorma dah ada pengalaman, rasa macam 'kering' je kan silaturrahim bila bukan kita sendiri yg jenguk blog kwn kan? Betul kata Noorma tu, baik ziarah sendiri dan baca.
ReplyDeletekak ina, kakchik pun nak tamatkan dah riwayat shoutmix tu. baru ni dah buang satu tinggalkan satu utk kwn2 yg bukan blogger tp disalahgunakan pulak oleh puak2 macam ni. Isyk. Buat yg macam akak kata tu mmg betul. Kakchik setuju.
ReplyDeleteantara nama2 tu ada juga yg pernah tinggal jejak kat shout box sy...tak sangka, mcm ni pun ada.
ReplyDeletesanggup buat mcm2 utk duit...
sy pun setuju dgn kat ina...lebih 'ikhlas' kalau tinggal komen kat bwh n3.
Salam Kakchik,
ReplyDeleteKak tie baru tahu hal ni. Tak pernah pulak terfikir ada orang macam ni , ya..
Suzi, itulah namanya manusia yang belum matang. Asal dapat duit je tak kira halal atau haram. Kakchik memang suka pendapat tinggal komen lebih ikhlas sebab itu bagi kakchik menunjukkan pengunjung membaca entri kita. Kakchik pun buat begitu.
ReplyDeleteWkslm Kaktie. Memang ada kak. Dah merebak sejak tahun lepas lagi perkara ni. Cuma ada blogger yang rajin senaraikan sebab nak tolong inform kita semua.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya pun pening dengan benda alah ni. Kita letak kotak laung tu kalau ada pesan pendek yang tak ada kaitan dengan entri yang kawan-kawan nak tinggalkan. Ada mula yang salah guna pulak.
Penat nak bersihkan. Dah ban, report spam dan delate, tapi datang balik. Nama yang sama pulak tu. Pilihan terakhir memang kena buanglah kotak tu nampak gayanya.
Salam kak chik,
ReplyDeleteApa khabar? Terima kasih atas ucapan dan doa utk kami. hati berbunga2 je rasa... hehe...
Kat shoutmix mmg saya akan check dulu url nya. Kalu yg pelik2 memang saya tak klik. kadang2 terus tegur je. ada ke patut, dia kata "klik nuff" kat blog saya padahal saya takde nuffnang pun. auto BW agaknya ni. sabar je la... :D
Ada tu, nama nickname perempuan, bila check link rupanya affiliate. Blogshop pun ada yg buat penyamaran macam tu.
Budak-budak yg baru BW dan ada sifat tamak traffik memang nak kena tegur. ;D
Salam kakchik..
ReplyDeleteBenda ni dah lama dah..masa dulu2 cikmin entrikan sampai ada yang tak paham macam mana blogwalking palsu ni..malas nak explain dah lagi benda yang sama kan..secara jujurnya cikmin takkan balas jejak yang meragukan di cetbox..lebih2 lagi kalau takde mention nama cikmin..kalau blogger yang dah kenal..cikmin jejak balik..senang cerita cetbox tu sekadar hiasan..kalau jejak yang pasti cikmin balas balik..cikmin takkan reply kat cetbox sendiri..takmau buang masa.. :)
p.s nama2 diatas memang dah kena pangkah..hehehe..
Assalamua'laikum kakchik.
ReplyDeleteLatifah pun mengalami perkara yang sama...
emmm jangan la buang cbox/ shout mix tu kakchik... huhu..
nanti macam mana nak tinggal jejak... sebab kadang kala tak de mood nak tulis komen. lepas baca just tinggal jejak je la. =)
baru2 ni ni cbox Latifah kena jangkitan apa tah, most of url yang singgah pada 19hb jadi sama entah url mana. runsing jadinya...
kalau ikut perkara ini berbangkit2 dan ada sahaja timbul2 dan timbul..
ReplyDeletemungkin pendedahan seperti ini lebih memberi kesedaran.. jika dibiarkan, mungkin akan terus berleluasa.. bg yg baru dan tidak sedar akan terus terkena..
nice sharing kak chik
wkslm anyss.
ReplyDeleteitulah kan, bila ada blogger yg tak bert/jwb ni, ramai blogger lain yg bermasalah, macam kita. tujuan yg baik meletakkan shoutmix disalahgunakan, akhirnya kita terpaksa buang kotak jerit tu. kesian juga kat kwn2 yg nak tinggalkan mesej pendek terpaksa lupakan hasratlah.
Wkslm Nur.
ReplyDeleteSama-sama... memang kebahagiaan sahabat sentiasa kakchik harapkan sebab kakchik juga nak bahagia macam kalian.
Kakchik pun gitu juga Nur. diorang ingat kita tak cerdik agaknya.
Sekarang ni dah kurang sikit sebab banyak URL kakchik ban tahap extreme. Melarat2 pula perangai diorang ni.
Wkslm cikmin.
ReplyDeleteHa'ah chik pun ada baca entri cikmin pasal tu tahun2 lepas. Siap cikmin warning lagi. Tapi asal tak sedar diri tu diorang buat juga dan ada saje pengikut yang baru. Kononnya rahsia nak up trafik. Isyk, nak blogging ke... atau sekadar nak buat duit? Allahua'lam. Harap2 diorang lekas sedar dan insaf.
Wa'alaikummussalam Latifah.
ReplyDeleteKakchik rasa kita semua mengalami masalah yang sama sebab blogger penipu ni dia guna software yg boleh hantai mesej berangkai ke semua blog dlm bloglist kita.
Insyaallah buat masa ni shoutmix tu masih ada w/pun sejak tahun lepas kakchik berhajat nak buang akibat frust dgn sikap blogger yg suka spam kotak tu.
Mungkin kotak jerit Latifah terkena virus sebab ada mesej pembawa virus yg dihantar. Kot Latifah tersilap klik.
Hrap2 dah ok.
sop, memang kita harapkan entri yg kita buat ni dapat sedarkan mereka. itu pun kalau mereka membacanya. kalau mereka buat tak hirau sampai ke bila pun mereka akan terus buat hal macam ni. kakchik bimbang ramai orang akan kutuk je. bila kena kutuk ni kesian esok2 je. terima kasih juga kat sop sebab kongsikan senarai tu.
ReplyDeleteSalam ukuwwah.
ReplyDeleteSaya baru jer kenal blog ni... banyak info disini.. alhamdulillah... mohon izin untuk link mana2 entry untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.. Tq.