Assalamualaikum.
Sarapan - Nasi Berlauk yang cik abe belikan sebab kakchik sibuk mencuci dapur dan mengemop lantai.
Makan tengahari - Nasi Goreng Kampung + Bihun Goreng juga cik abe semasa dia ke Kubang Kerian menambah RAM laptopnya.
Alhamdulillah sebab dua kali waktu makan kakchik yang tak sempat memasak kerana masih dalam fasa mengemas rumah, telah dipermudahkan oleh suami tersayang.
Tapi, makan malam tak kan nak beli lagi kan? Kakchik masaklah ya. Masak yang ringkas, mudah, cepat tapi bolehlah... sedaplah juga. Masak dua jenis lauk makan dengan nasi berulamkan mentimun.
Hidangan 1 Jan 2011 |
Makan malam - Ayam Masam Manis + Dalca + Ulam Mentimun
Kakchik tiru resepi Chef Hanieliza dari buku 1 Hari 1 Resepi yang kakchik beli bulan lepas. Takdelah kakchik ikut betul-betul sebab capsicum dan kacang peas takde, jadi gunakan mana-mana bahan yang ada ajelah asalkan tetap jadi Ayam Masam Manis.
Dalca tu kakchik panaskan dalca yang kakchik beli di Restoran Nasi Kak Wok minggu lepas. Dalcanya sedap jadi kakchik beli dan dingin bekukan, simpanan untuk masa-masa nak cepat hehe.
Alhamdulillah... tersenyum cik abe makan malam dengan kakchik tadi. Tahun 2011 ni kakchik nak cuba lebih banyak resepi baru. Insyaallah.
Salam. Apa khabar Kakchik? Nur sihat.. Lama tak tinggalkan komen. Sedapnya menu makan malam tu.. Jemput datang blog Nur, ada kad ucapan utk Kakchik.. Selamat Tahun Baru 2011 utk akak, semoga lebih berjaya dan bahagia selamanya.
ReplyDeletewow..semuanya sedap..frst time here..like ur space..will be ur next folloewer...
ReplyDelete.happy new yr....may all ur wishes be fullfilled this yr !
.//http://www.subhieskitchen.blogspot.com
salam perkenalan kak chik.... makanan tu memang nampak menyelerakan. Kalau nak tau adik beradik saya semua beli buku 1 hari 1 resipi. masing2 nak tunjuk terer masak. tapi paling best saya le.. tukang makan.. lagi satu, bila kak chik ada kat kedai mari membaca?
ReplyDelete