Assalamualaikum dan salam pagi ceria.
Snapshot muka depan akhbar Kosmo hari ni. |
Tentu sudah ramai yang membaca akhbar hari ni kan? Akhbar lain kebanyakannya melaporkan berita pembunuhan pelajar berumur 15 tahun berkaitan kes geng curi motosikal dan pecah rumah tapi Kosmo meletakkan berita di atas di muka depannya.
Kakchik sempat baca sepintas lalu masa dalam kereta pagi tadi. Tergeleng kepala kakchik dibuatnya. Tak sangka juga TV3 melalui WHI telah membuka topik pembesaran payudara sebagai topik perbincangan mereka. Begitu terbuka sekali TV3 membicarakan topik rahsia para wanita ni.
Patutlah Ust. Daud Che Ngah tegur. Kakchik rasa kalau orang alim yang lain menonton rancangan ni tentu mereka juga akan marah dan menegur tindakan TV3 ni. Tapi... kalau kakchik yang perempuan ni pun tak sempat nak tonton, apatah pula dengan para alim yang mungkin jarang sekali menonton tv.
Snapshot dari dinding facebook WHI. |
Dari apa yang kakchik baca tu terutama dari sisipan thread perbincangan di wall faceook WHI, ada yang beri alasan nak besarkan payudara KERANA SUAMI, kurang keyakinan diri, nak cantik, hakikatnya NAFSU SEMATA. Ok... mula-mula kena tengok HUKUM dulu sebelum nak berkata-kata atau nak bertindak.
Hukum agama kata mengubah kejadian Allah tanpa sebarang sebab yang besar misalnya jika tak ubah akan mendatangkan mudarat pada badan, maka HUKUMNYA HARAM. (Rujuk kenyataan Ustz. Daud Che Ngah dalam laporan akhbar.). Jadi kenapa TV3 pilih topik ni? Nak bincang dari sudut kesihatan dan penampilan diri katanya. Betul ke?
Eh, bukankah kedua-duanya berkait dengan hukum agama? Lainlah kalau topiknya kanser payudara. Mungkin sedikit sebanyak akan melibatkan isu pembedahan kosmetik payudara. TAPI... yang dibincangkan ialah SALAHKAH NAK BESARKAN PAYUDARA!
Hai... tak tahulah kakchik nak kata. Semakin hari media kita semakin TERBUKA LEBIH-LEBIH dah seperti media barat yang memang langsung tiada hijab. Bukankah soal payudara wanita ini berkait dengan soal HIJAB? Bila kita disuruh menutup aurat, tudung kepala kita disuruh labuhkan melebihi paras dada. Tentulah salah satu alasannya nak menutup pandangan orang yang tidak halal dari melihat aset kita.
Cuba baca sinopsis ringkas dari Kosmo Online ni:
KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.
Cuba tengok:
1. Siapa yang arahkan paparan visual payudara model tu ditayang untuk tatapan umum? FOKUS pulak tu. Macamlah orang semua tidak tahu apa itu payudara.
2. Apakah si jurukamera itu tidak RETI MALU? Kalau tak silap kakchik BERDOSA kalau sengaja memalukan orang lain. Memfokuskan kamera kepada payudara pengacara itu memang sangat-sangat memalukan. Atau mungkin para pengacara tu TIDAK KISAH? Harap-harap mereka sangat kisah.
Patutlah ustaz marah. TV3 patut minta maaf atas kecuaian mereka. Semoden-moden kakchik ni kakchik tetap tak setuju tv dan media kita bincangkan isu bedah kosmetik/plastik untuk kecantikan ni. Seolah-olah negara kita ni sudah begitu bebas dan terbuka setanding negara barat yang memang sudah hilang rasa MALU mereka.
Para isteri, kalau ya pun suami kita suka yang besar, tegang dan anjal, janganlah sampai kita menggadai agama kerana seorang manusia bernama suami. Kakchik bimbang ALASAN sebenar tu bukanlah kerana nak ambil hati suami sangat tapi nak menonjolkan diri. Kalau fizikal kita dijaga elok-elok dari pandangan yang tidak halal insyaallah suami yang melihat akan puas hati dengan apa yang ada.
Tapi kalau dibesarkan pas tu asyik nak tayang badan saja, dah lari maksud dah kalau asyik pakai baju yang ikut potongan badan, melekat pulak kat serata lekuk dan lekik. Sebab itu agama larang ubah kejadian Allah ni. Isu kesihatan tu lainlah. Kalau alasan kerana suami tak puas hati, asyik komplen, asyik compare, maka ada yang tak betul.
Tak kena sakan tu... Bersyukurlah dengan apa yang ada. Suami pun... tak belajar agamakah? Bukankah Allah telah ajar kita ERTI BERSYUKUR? Sama-sama syukurlah dengan apa yang ada. Mulut tu kena pandai jaga. Dah tahu orang perempuan ni sensitif pasal fizikal dan kecantikan mereka, kenapalah yang gatal sangat nak kritik isteri sendiri. Ni tentu kes tak menjaga pandangan mata ni.
Bersederhanalah kita dalam hidup dan hidup cara Islamlah yang paling bagus. Jomlah kita sama-sama berusaha sebaik mungkin untuk melayari kehidupan yang Allah pinjamkan ni dengan cara hidup Islam. Insyaallah sama-sama puas hati.
p/s: Risau juga kot nanti diorang pilih topik bedah plastik untuk kaum suami pulak. Hmm...
TV3 terlalu ghairah mungkin.. Krn ia sebuah stesen TV yg agak popular, maka topik yg dibualkan dianggap boleh diterima semua..
ReplyDeletep/s: kdg2 TV3 terlalu melebih..maaf
ruginyaaa tak tgk...
ReplyDeletemgkin sikit masa lagi akan ada topik: "Salahkah jadi GAY??:
ReplyDeleteSekarang zaman liberal, rasional akal melebihi ketentuan wahyu. Jahiliyyah zaman enlightenment barat semakin menerobos Malaysia...semoga Allah selamatkan kita semua. Ya Allah, selamatkan akidah kami, ya Allah, selamatkan agama kami..ameen.
salam kakchik, semalam saya pun terkejut menonton. tapi tak mengikuti dan terus tukar siaran.
ReplyDeletebetapa mentaliti masyarakat sekarang sudah dibius dengan virus jahiliyah. saya malu dengan diri sendiri.huk
betul ckp kak chik tu...si suami kena pi basuh telinga ,hati dan jiwa,dengar ceramah agama byk2,tak baik kutuk,kritik ciptaan Allah,iaitu isterinya.Secara langsung,dh kutuk ciptaan Allah.Sang isteri pulak..malu,terpaksala gadai agama utk cantik.
ReplyDeleteKesimpulannya..bila si isteri payu dara cantik,esp tak pakai tudung..bukan si suami je terliur tgk,si lelaki2 lain pung tumpang terliur sama.kalau pakai tudung singkat still nampak..tak pasal2 org tgk bini dia gewammmmm jah.huhuhu...
pucuk pangkalnya..kurang asas agama,maka mulala tak puas hati nk upgrade itu ini.
Indahnya,kalau lelaki tahu hukum hakam agama,takdenya nk suh buat menda merepek meraban ni..syukur je dpt bini tak lawa tang situ.
tajuk "Salahkah" tu juga mcm nak lawan hukum tuhan pulakkan
ReplyDeletehmmmm dunia akhir zaman...
ReplyDeleteMariah, dunia tanpa sempadan menyebabkan fikiran manusia keliru antara kepentingan menjaga agama dari perkara lain. Natijah isu-isu sebegini dibincangkan secara terbuka tanpa hijab.
ReplyDeleteaeinio, kakchik pun sama
ReplyDeleteLa, bila liberasasi menguasai apa pun dibolehkan. Manusia lebih utamakan akal mereka daripada dalil dan pengajaran Allah.
ReplyDeleteMoga Allah selamatkan akidah kita.
wkslm aishah. tak tengok pun takpe sebab nanti mungkin akan naik marah. kita doakan mereka fikir banyak kali bila nak bincangkan isu sensitif begini dan utamakan pertimbangan agama berbanding yang lain.
ReplyDeletesiti, kalau both sides dlm rumahtangga jujur dan ikhlas menerima dengan apa yang ada pada fizikal masing-masing, insyaallah hal macam ni tak timbul. tapi bila media memainkan peranan mengajar masyarakat bhw bigger is better maka ramailah yg terpengaruh. tak dapat nak terima apa yang Allah sudah tentukan.
ReplyDeleteshafida, ha'ah. kakchik paling geram dgn tajuknya tu. Bila kita baca kita tahu bagaimana bunyinya kan?
ReplyDeletenorish, sebab tu kita kena mainkan peranan menjelaskan pd ummat sekadar kemampuan kita.
ReplyDelete