Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kalau buka tv atau dengar berita di radio, tentu semua orang dah tahu yang sebahagian tempat di Kelantan ni sudah pun banjir seperti di Rantau Panjang yang ditenggelami air sedalam 1m. Ada kawan yang bertanya sama ada tempat kakchik banjir juga atau tidak. Alhamdulillah kawasan kakchik tinggal dan lalu-lalang setiap hari tak pernah banjir lagi sehayat kakchik ni.
Keadaan paras air di Sungai Pulau Melaka. |
Selepas 3 hari hujan turun tak henti-henti, hari ni kakchik rasa syukur sebab cuaca agak baik di tempat kakchik ni. Hujan turun pun sebenatar je masa waktu zohor tadi. Langit memang mendung sepanjang hari, mungkin hujan turun kat tempat lain. Alhamdulillah... dapatlah kakchik ke MariBaca sebentar dalam perjalanan balik dari kerja petang tadi. Kena hujan renyai-renyai ok sikit daripada basah kuyup seperti semalam masa ke Mydin.
Kakchik harap musim tengkujuh kali ni tidaklah meragut nyawa seperti tahun-tahun sebelum ni. Sama-samalah kita berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri dan orang-orang tersayang. Sana-sini jalanraya banyak yang rosak, lopak dan lubang yang besar dan dalam pun banyak hinggakan kita yang di dalam kereta rasa seperti sedang naik gajah je. Dalam keadaan macam ni.. lah kereta pun akan suka nak rosak dan sebagainya. Maklum saja... kereta pun tahu sejuk juga. Kadang sakitlah dia.
Malam ni cuaca tenang tapi tak tahulah dalam sejam dua lagi. Suasana ok saja tanpa angin yang kuat. Kalau angin kuat orang kata air dari hulu naik dan turun ke hilir ni. Petang tadi kakchik tengok air Sungai Pulau Melaka pun sudah sangat tinggi, bimbang juga mengingatkan rumah-rumah penduduk yang dibina di tebing-tebing sungai tu. Moga-moga mereka semuanya selamat.
Khabarnya banjir di Terengganu dan Pahang sudah berkurang, alhamdulillah... semoga kat Kelantan pun akan berkurang sama mulai malam ni.
Salam,
ReplyDeleteRindu nak cari belalang minyak musim ujan, goreng memang sedap ;)
Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia
Wkslm anyss. Hehe, kakchik pernah cuba makan belalang goreng masa zaman sek men dulu. masa tu ikut kawan balik ke rumahnya di pasir mas. ingat lagi mula-mula geli lepas tu cuba gak la makan sekor. huhu, tak leh makan dah lepas ni.
ReplyDelete