Followers

1.1.11

Cek Tahap Kesihatan Dengan Nestle Good Food, Good Life

Assalamualaikum dan salam 1 Januari 2011.

Apa khabar teman-teman semua di hari cuti ni? Seronok ya dapat cuti hujung minggu dan bagi kakitangan awam di Kelantan, esok mereka akan bercuti peristiwa pula. Kerajaan Negeri beri cuti khas sempena kemenangan pasukan bolasepak Malaysia menang Piala AFF Suzuki minggu lepas. Bertuah kakitangan Kerajaan Negeri. Kakchik dah dapat cuti ganti hari ni jadi esok kakchik kerja.

Hari ni sepanjang pagi kakchik membersihkan rumah. Buat sedikit ubahsuai pada susunatur meja-meja komputer cik abe dan kini sebahagian dari ruang tamu kami dah nampak macam cybercafe je hehe. Cuaca pula nyaman saja sementelah kat luar tu mendung dan masa zohor tadi hujan turun sebentar. Seronoklah buat kerja rumah dalam suasana yang nyaman begini. Seronok juga dapat jadi surirumah sepenuhnya w/pun sehari. Alhamdulillah.

Iklan Nestle

Cerita pasal tahap kesihatan ni, tak lama lagi umur kakchik ni kalau Allah izin akan jadi 37 tahun. Semakin dekat dengan angka 40 tu. Mungkin bila dilihat pada fizikal kakchik nampak kecil dan macam masih muda (ehem!) tapi hakikatnya kakchik semakin tua. Kesihatan diri pun selalu saja merosot. Mungkin juga sebab agak lama kakchik tidak betul-betul bersenam seperti dulu. 

Tadi semasa kakchik buka blog ni, kakchik nampak iklan terbaru Nuffnang dari syarikat Nestle. Oleh kerana paparan iklan tu agak menarik terutama apa yang diiklankan, maka kakchik klik untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Rupanya kena menjawab sederet soalan sebelum mendapat keputusan (andaian) tentang tahap kesihatan kakchik yang terkini.

Inilah keputusannya.

Keputusannya.

Alhamdulillah. Pada hari ini kakchik akui, kesihatan kakchik sangat bagus. Semoga tahap yang 'very close to perfection' ni akan kekal lama sikit. Sakit demam pasti akan datang lagi tapi biarlah kakchik dapat sihat dalam masa yang cepat berbanding sebelum-sebelum ni.

Teman-teman pun boleh mencuba menjawab soalan-soalan menguji tahap kesihatan ni. Hanya perlu klik iklan yang muncul seperti kat atas tu dan kalian akan dibawa ke laman Nestle yang berkenaan. Kat blog-blog lain pun ada iklan ni, jadi terserah kepada minat kalian.

Permisi sebentar.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs