Followers

16.1.11

Pagi-pagi tak sah kalau tak bising

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Selamat bekerja dan selamat berhujung minggu.

Pagi Ahad ni macam biasalah bagi kami kat Kelantan ni, eheh, kat rumah kakchiklah yang lebih tepat ataupun rumah sebelah, rumah parent kakchik. Bising dengan suara anak-anak saudara kakchik yang bergurau dan bergaduh sambil bersiap untuk ke sekolah. Mulut ibu diorang memang becoklah pagi-pagi ni, apa taknya, dia pun sibuk bersiap untuk ke hospital.

Memang meriahlah suasana. Kami yang dok sebelah ni boleh dengar satu-persatu apa yang berlaku hehe. Pagi ni, diorang merengek nak makan roti bakar. Malam tadi ibu dah sediakan roti bakar alih-alih pagi ni nak makanan tu lagi. Kalutlah adik kakchik tu nak melayan kerenah anak yang nak itu nak ini.

Akhirnya kakchik tolong dia buatkan roti bakar untuk anak-anak saudara kakchik tu. Buat yang biasa-biasa saja. Sapukan planta dan juga serikaya macam yang selalu kakchik buat untuk cik abe. Seronok sakan si Amierah dapat bawa bekal roti bakar. Amriena pula merengek nak makan sosej dan si Emran asyik meniru apa yang orang lain cakap. Huh, rumah orang lain yang ramai anak, agaknya macam ni juga kan?

Sekarang seluruh rumah sudah sunyi sebab yang tinggal hanyalah kami berdua, Ummi, bibik dan si kecil Adelia yang sedang menyusu. Sebentar lagi Ayah balik dan hari ni mungkin abah budak-budak tu ada di rumah bersama Eqbal. Lega sikitlah Ummi hari ni terutama bila yang bertiga tu balik petang nanti.

Semua tu membuatkan kakchik tersenyum. Ceria rasanya dengan hiburan pagi yang tak pernah membosankan. Selamat belajar anak-anak saudaraku!

6 comments:

  1. salam kak chik...hehehe. samalah rumah saya kalau pagi2 hari sekolah. saat paling sibuk kot. mcm2 kerenah. nak siapkan sarapan...selera mcm2...lepas tu ada yg baju pun ibu pakaikan. Semua benda nak kena disediakan depan mata hehehe budak2...kan? tapi anak perempuan lg senang kot...byk buat sendiri je...
    mulut sy pun bising2lah pagi2...hehehe...kata suami, kalau tak bising pg2 lain mcm pulak rasanya..dah jadi mcm 'hiburan' pagi2 dengar suara sy jerit2.
    lepas bila semua dah pergi sekolah n kerja tinggallah sy sorang2..:)

    ReplyDelete
  2. wkslm suzi. kakchik dah agak mesti lagu ni juga kat rumah orang lain terutama yg ramai anak kecik ni hehe. mulut ibu2 ni tentu pelik kalau tak bising2 di waktu pagi kan? memang betul kata suami suzi tu, lain macam la kalau sunyi. time dok sorang tu bolehlah layan kerjarumah lepas tu lepak.

    ReplyDelete
  3. salam kakchik...sy yg ada dua anak ni pun terasa jugak dah keriuhan mengejutkan mereka pagi2...nak susu nak itu ini la...

    ReplyDelete
  4. umo sebaya anak2 sdara kakchik tu mmg boleh buat rumah meriah...kt rumah kak nza skrg dh sunyi gak cz msg2 dh besar...msg2 dok brkurung dlm bilik jerr....

    ReplyDelete
  5. wkslm asha. hehe, seorang ibu bertuah dapat melalui pengalaman sebegini. nanti bila diorang dah besar, sunyi pulak kan?

    ReplyDelete
  6. betul kak nza. masa ni lah kita akan selalu seronok melayan kerenah mereka tapi semakin mereka besar suasana pun jadi lain. cakap pun dah kurang.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails