Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia untuk semua teman-teman blogger.
Mashaallah... nyaman dan sejuk sungguh cuaca sekarang ni. Iyalah sejak beberapa hari hujan turun tak berhenti-henti tentulah semuanya menjadi lembab, basah dan sejuk. Mandi pun terketar-ketar dibuatnya. Bertuahlah segala pokok-pokok yang menantikan air tapi jika dah banyak sangat hujan yang Allah turunkan pasti ada juga yang ditimpa musibah. Moga-moga kita sama-sama dapat berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga di musim bah ni.
Hari ni kakchik tak ke mana-mana. Berehat sungguh-sungguh selepas selesai urusan rumahtangga. Cuma ada lagi sikit nak selesaikan petang nanti iaitu melipat kain dan menggosok baju. Esok kami berdua bekerja jadi baiklah kakchik ambil peluang menyiapkan keperluan kami untuk beberapa hari akan datang. Hujan-hujan ni segala urat dan otot pun jadi macam beku, erk... malas sikit nak bergerak lebih-lebih lagi kalau dah panas bawah selimut hehe.
Anyway, sebenarnya kakchik nak cerita sikit pasal cek Nuffnang ni. Dah lama tak menulis pasal Nuffnang kat blog ni. Entah, takde apa sangat yang kakchik sertai dalam berbanyak-banyak aktiviti yang Nuffnang anjurkan lagipun kakchik hanyalah blogger jadi memblog ajelah yang paling mudah. Itupun susah juga nak buat. Inikan pula nak menyertai macam-macam contest. Tak kemampuan ... masa yang paling tak cukup dan kebuntuan idea.
3 kali cashout untuk 2010. |
Ok, 27 November lepas kakchik sudah cashout pendapatan iklan Nuffnang kakchik buat kali ke-3. Jumlah takdelah banyak mana pun cuma dekat-dekat RM400. Semuanya kakchik kumpul sejak bulan Julai hingga Nov. Alhamdulillah... sambil blogging ada juga dapat income. Boleh masuk dalam Financial Freedom Account. Simpanan untuk masa depan.
Rasanya bulan ni akan sampailah cek Nuffnang tu. Sepanjang 2010 kakchik telah cashout 3 kali dan jumlah keseluruhan pendapatan melalui iklan Nuffnang di semua blog kakchik terutama di Keluargaku Sayang, KakChik's Wardrobe dan Abaya Elegan ialah RM600 lebih.
Untuk tahun 2011 ni kakchik nak tunggu hujung bulan Jan untuk cashout. Sekarang ni pun sudah boleh cashout tapi nak kumpul biar banyak lagi. Mana tahun dalam beberapa minggu yang ada ni jumlahnya akan meningkat sekali ganda, kan ke seronok tu. Alhamdulillah...
salam.. k chik camne nk join nuffnang tu.. cam menarik jek.. hehehe
ReplyDeletewkslm fari. nak join senang saja. fari klik aje pada perkataan nuffnang yang ada kat tempat iklan tu nanti dpt masuk website dia. register lepas tu terus letak kod iklan spt yg diarahkan. fari tengok ajelah kat dashboard bila dah login nanti. senang je.
ReplyDeletecamtu sng? terus blh dpt duit?
ReplyDeleteLynn, kenalah rajin menulis. Itu je yang kakchik mampu buat. Sekali-sekala kalau ada contest yang sesuai dengan jiwa, kakchik masuklah juga tapi tak pernah menang pun. Jadi, menulis ajelah.
ReplyDelete