Followers

21.1.11

Cekodok Pisang Jelai Berangan dengan NesVita

Cekodok Pisang Jelai Berangan + NesVita

Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk kawan-kawan semua. 

Hari Jumaat, hari banyak nikmat bagi kakchik. Paginya nyaman dan tenang. Sebelum subuh boleh dengar suara bilal membaca Qur'an di masjid, jelas dan terang. Biasanya begitulah kaedahnya agar orang kampung dapat bangun awal dari tidur. Beramai-ramai orang ke masjid untuk bersolat subuh bersama Tok Guru dan kemudiannya mendengar kuliah subuh. Bertuahnya berjemaah di sana.

Rumah sudah riuh-rendah dengan suara anak-anak saudara yang bangun awal terutamanya Eqbal yang suka mandi pagi. Kami kaum ibu ni mula sibuk di dapur menyediakan sarapan yang ringan-ringan sebab hari Jumaat ni biasa kami ke pasar di Kota Jembal jadi tentulah akan ada makanan lain pula sebagai kudapan.

Ikut cara Hana menggoreng jadi dapatlah bentuk agak bulat macam ni.

Beberapa hari lepas kakchik ada beli seikat pisang jelai berangan. 5, 6 biji tu kakchik makan begitu saja dan cik abe ada juga makan beberapa biji. Tapi pisang seikat tu ada 8 biji lagi yang berbaki dan ia pun dah mula masak ranum. Untuk elakkan dari jadi buruk, kakchik buat cekodok untuk sarapan pagi ni.

Resepi untuk menghasilkan cekodok di atas tu ada kat sini: My Culinary Adventure. Senang saja. Guna je apa yang ada kat dapur. Nak masukkan baking powder, baking powder takde. Tanya ummi pun dia punya sudah habis jadi kakchik guna pisang, tepung gandum, gula, garam dan sepaket NesVita.

Senang dibuat, sedap dimakan.

Hasilnya amat memuaskan hati. 4 biji pisang jelai berangan menghasilkan 18 biji cekodok sebesar bola ping pong. Alhamdulillah... laju je cik abe makan. Kakchik biarkan dia makan sepuas hati sambil tangan curi-curi ambil beberapa biji hehe. seronok dapat makan cekodok hasil tangan sendiri.

Pisang masih ada berbaki 4 biji. Apa cadangan kawan-kawan untuk kakchik habiskan pisang tu? Nak makan begitu saja tak kot sebab dah masak sangat. Tolong cadang respi yang mudah-mudah kat kakchik. Boleh buat untuk minum petang nanti.

8 comments:

  1. Salam kakchik,

    Ish.. kak tie ni pantang tengok cekodok @ jejemput pisang. Lebih laju makan di rumah orang, sebab sedaplah sangat. Ni dah lama tak buat jejemput pisang, nanti nak mintak jasa baik abang carikan pisang kat Gaung tu...

    Mak kak tie biasa buat lempeng pisang (tambah kelapa parut sikit dan sikit gandum), nak jimat minyak katanya. Sedap juga.

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,
    Wah... nice idea kak chik, cekodok letak nesvita. ;D mesti sedap. 4 biji pisang? jelai ni, pisang berangan kan? paling senang wat penkek pisang.. makan ngan honey. rajin skit, buat mufin atau apam pisang. memang cukup2 utk 2 orang.. hehe...

    ReplyDelete
  3. kak chik!chekodok ni mmg faveret sy!kalau diletakkan donut big apple sebelah cekodok, sy pilih cekodok lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Chik..Saya pun cam NurIndah,,kalo ada lebihan pisang, tgn ni mesti gatalll nak mengapam tan pun kek or muffin....

    Psssttt..tapi cekodok pisang tu pun nampak best juga tuuuuu

    ReplyDelete
  5. Wkslm kaktie. Nak jemput akak makan pun jemput2 dah habis kami berdua makan. Kalau ditakdirkan Allah kaktie bertandng ke rumah kakchik, angkat jemut2 pisang dgn teh panas kira ok ke? hehe. Jangan lupa minta cik abang carikan pisang tu.

    Kakchik suka juga buat lempeng tapi lempeng pisang belum pernah buat lagi. Satu hari nak cuba buatlah. Macam senang juga tu. Hari ni tak sempat minum ptg pun.

    ReplyDelete
  6. Wkslm nur. Kakchik tadi tu saja masukkan nesvita tu untuk habiskan sebab kami jarang benar makan. Ha'ah pisang jelai berangan kata org Kelantan. Penkek pisang menarik juga. Buat untuk sarapan lain harilah. Selalunya kakchik buat penkek telur je.

    ReplyDelete
  7. Hahaha tergelak baca komen catlina. Begitu besar pengaruh cekodok berbanding donut kelas atasan. Kakchik setuju.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Sue. Sue dgn Nur tu memang rajin masak. Kakchik ni tau buat yg ringkas dan cepat siap je. Kalau boleh nak makan free je hehehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs