Assalamualaikum.
Malam ni sudah cukup 25 hari kita menjalani hidup pinjaman ini di dalam tahun baru hijrah dan malam ini juga akan bermulanya 1 Jan 2011. Kalau beberapa tahun lepas kami di Kelantan menyambut tahun baru masehi dengan aktiviti solat hajat di stadium negeri, cukuplah sebagai contoh kepada semua bahawa menyambut tahun baru boleh tapi dengan cara yang selari dengan Islam.
Gambar kenangan semasa sambutan tahun baru di Kota Bharu 2 tahun lalu. |
Kakchik terfikir akan kata-kata seorang teman, "tengoklah 9 bulan lagi, pasti ada yang zalim membuang anak hasil hubungan haram di malam tahun baru." Astaghfirullahalaziim... sampai begitu sekali persepsi teman kakchik tu kerana perasaan geram beliau kepada apa yang telah berlaku sekitar bulan Ramadhan tahun ini. Tak ingat? Tahun inilah Ramadhan kita banyak sekali tercemar dengan kes-kes buang bayi.
Ada status kawan di fb berbau kebimbangan beliau pada cara masyarakat kita menyambut malam tahun 2011 ni. Katanya, bila Maal Hijrah, sebahagian ahli masyarakat ni sudah mula melencong cara sambutannya, dia bimbang, malam ini bakal dikorbankan dengan berpeleseran, mabuk-mabuk, bersukaria di kelab malam, berzina atau sebagainya. Bagi kakchik kebimbangannya berasas.
Selama 25 hari Muharram kita lalui, mungkin kita tidak terasa sangat dan boleh jadi kita pun lupa bahawa kita sudah ada 'buku baru'. Kakchik pun lupa. Buku itulah yang akan diambil kira kelak. Tahun baru masehi ni takde buku baru dah sebab yang kita dapat semasa 1 Muharram tu masih di lembaran awal lagi. Tak tahu nak kata sudah berapa banyak Malaikat Raqib dan Atid mencatat segala amal perbuatan kita.
Takut pula rasanya dan sangat malu pada Allah malah pada kalian semua. Macam tiada peningkatan langsung pada iman dan amal ibadah kakchik. Ruh apakah yang kurang dalam kehidupan ini? Malu... malu... malu. Kalau Allah tayang buku amalan kakchik yang selama 25 hari ni kepada cik abe pun kakchik sangatlah malu. Sudah tentu banyak sekali dosa yang kakchik telah lakukan sedangkan sedikit sangat amalan baik ataupun nahi mungkar yang kakchik lakukan. Allahu Akbar.
Kakchik tak mahu menyesal.
Salam Kakchik,
ReplyDeletesaya minta izin nak copy sikit kata2 kakchik ni..nak letak dlm fb saya.boleh ye kakchik..
Kalau kakchik dah kata gitu, saya apatah lagi kakchik.Lagi teruk rasanya diri saya ini, lagi banyak kekurangannya...rasa mcm bertatih je mencari cahaya untuk diri sendiri dan keluarga tercinta...
Saya pun kesal dgn cara sambutan new year di negara kita...benar seperti apa yg dibimbangkan oleh rakan2 kakchik tu.
Hairan dengan sikap org kita yang sanggup bjaga hingga tgh malam untuk pesta countdown ni..tp tak sanggup plak nak bgn tgh mlm utk solat tahajjud...
Salam tahun baru kak chik,
ReplyDeletememang susah utk jadi baik,sebab tu besar ganjaran utk org yg baik2 ni..kan...
kita pun dlm usaha ke arah itu tetapi kdg2 terpelecok ke lain..:(
Wkslm Alasmal,
ReplyDeleteSilakan. Semoga ada yang dapat manfaat.
Moga-moga maksiat kali ni makin berkurang.
Takut sungguh nak lalui tahun-tahun depan yang makin mencabar keimanan.
Takut kalah dengan godaan nafsu syaitan.
Wkslm siti,
ReplyDeletememang benar. Kalau secara teori macam senanglah juga nak jadi baik ni tapi bila tiba bab nak praktikal, ada saja alasan yang mengganggu.
terpelecok tu biasa sangat.
harap-harap masih sempat nak baiki agar kurang terpelecok.
betul kata kata kak chik tu..nauzubillah... menakutkan sungguh sambutan yang tak de faedahnya tetapi impaknya sangat besar pada masyarakat... apakah peranan pemimpin dan pendakwah? fikir2kan lah..risau kan anak2..dengan doa sahaja pelindungnya dimasa hadapan..persekitaran tiada jaminan
ReplyDeleteizah, bila izah sebut peranan pemimpin dan pendakwah, kakchik terfikir kita juga termasuk dalam kategori itu. pemimpin negara malah negeri sangat perlu mainkan peranan tapi persoalannya, mereka buatkah? kalau di kelantan, kakchik akan kata, ya, mereka buat. berdakwah pula, kita semua adalah pendakwah. ada sikit ilmu kita dakwah cara kecik, ada banyak, kenalah maju ke depan masyarakat tapi di negara kita ni suara pendakwah tenggelam dengan suara hiburan. anak-anak memang ibu bapa kena usaha lebih kuat untuk menambahkan kesedaran agama dlm diri mereka, kelak memang ancaman iman akan jadi makin dahsyat.
ReplyDelete