Followers

12.9.09

Saya berpurdah bukan kerana alim

Nota: Artikel diambil terus tanpa ubah dari email yang diterima. Sekadar perkongsian dengan teman-teman semua. Mungkin sudah ada yang membacanya.

====================================================
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.


Pn. Rozita sebelum berpurdah

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.



Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.



Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

=======================================================
Kakchik cukup gembira membaca artikel ini. Kalau tak silap akhbar Sinar Harian versi Kelantan pernah menulis artikel mengenai beliau yang telah berhijrah.

25 comments:

  1. semoga kita semua mendapat nur. amin ;)

    ReplyDelete
  2. Salam KakChik...
    Tahniah & semoga bahagi selamanya...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..sukanya saya baca. Itulah dulu saya slalu jgk kutuk dia ni. slalu nampk dia pakai baju yg tak sesuai. kdg pakai sluar ketat tahap lutut lepas tu paki tudung. alhamdullilah berubah jgk. untung dia dpt hidayah sblom terlambat. harap dpt jd mcm dia satu hari nnti. insyaAllah berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. aminn..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..Alhamdulillah...

    Moga diri ini pun turut dpt berhijrah sprt beliau (memakai purdah dgn ikhlas suatu hr nnti..)

    ReplyDelete
  5. kalau perkara tuh baik...kita raikanlah:) kak chik...terima kasih sbb buat kunjungan balas ye:)

    ReplyDelete
  6. Wkslm KSPulau. Terima kasih w/pun kakchik tak pasti tahniah tu utk apa, hehe. Semoga KSPulau sekeluarga pun aman bahagia.

    ReplyDelete
  7. fazemy - Allah memang membuka pintu hidayah untuk hamba2Nya cuma kita mahu ambil peluang atau tidak. Semoga kita pun menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah.

    ReplyDelete
  8. Ummi Hanie - yang penting kita berpakaian mengikut sunnah dan diredhai ALLAH SWT. Semoga hajat Ummi Hanie tercapai.

    ReplyDelete
  9. cHeRyNa PiReS - insyaallah sha. yang baik sama diraikan dan kalau dapat diteladi lagi baik kan.

    ReplyDelete
  10. Salam kak chik...
    tersentuhnya rasa hati membaca kisahnya ini, Allahuakbar!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...

    moga suatu hari nanti Allah pun buka hati sy utk berpurdah...

    ReplyDelete
  12. TC - wa'alaikummussalam. Memang terharu kan. Tulisan ni buat kita kembali menilai diri.

    ReplyDelete
  13. Suzi, kakchik aminkan doa tu. Semoga dimakbulkan Allah.

    ReplyDelete
  14. Semoga Allah memberi hidayahNya kepada kita semua... aminnnn

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Chik
    Zam minta izin copy artikel ni yek
    Jazakallahu khayran~ ('',)

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Kunjungan pertama kali daripada saya.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikummussalam Pearls. Maafkan kakchik sebab baru perasan ada komen dari Pearls.

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Cik, mohon kongsi artikel ini utk disiarkan semula di blog akak ya??

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs