Petang tadi sebenarnya kakchik dah berkunjung ke 'Adelaide' untuk menerimanya kerana susah juga untuk pemberi hadiah menghantarnya (terlalu ramai yang menerima hadiah). Orang kata, orang memberi kita merasa, itulah juga apa yang kakchik dapat rasakan melalui jalinan persahabatan dengan teman-teman blogger dari merata tempat di dunia ini.
Hari ini ingin kakchik ucapkan terima kasih untuk suzi yang telah menghadiahkan satu 'award' dan satu hadiah yang mana kedua-duanya adalah berharga bagi kakchik.
Ini 'award' yang dianugerahkan oleh suzi. Sebenarnya kakchik pernah menerima 'award' yang serupa dari azza beberapa hari yang lalu. Macam pencalonan untuk menerima anugerah "Best Blogger" je.... hehehe.
Yang ini juga kakchik terima dari suzi. Waaahhhh... dalam satu hari dapat dua hadiah dari teman yang sama. Malu pulak rasanya sebab kakchik ni bukannya 'pemurah' seperti orang lain.
Kakchik mendoakan kesejahteraan untuk suzi sekeluarga dan sememangnya pemberian ini amat dihargai. Terima kasih sekali lagi.
tahniah utk kak chik..
ReplyDeleteterima kasih azza.
ReplyDelete