Followers

18.11.08

Murah ke kalau RM4?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.


Tayar kereta pancitlah pulak... takde pengalaman lagi pergi ke kedai tayar sendiri. Cakap kat Cik Abe, dia suruh isi angin dulu dan bawa perlahan-lahan ke Zahra' tapi dalam hati dok terfikir, sampai ke ni?

Akhirnya kakchik halakan kereta ke kedai tayar. Nasib baik ada nampak sebelum ni kedai tu, kalau tak lama juga nak kena tinjau-tinjau dah lah hati dok bimbang berlaku yang bahaya nanti. Maklum saja tak pernah lagi pandu kereta yang tayarnya pancit.

Sebelum ni ada berlaku tayar pancit tapi sedar masa kat 'porch' rumah jadi sempatlah minta tolong Abang ipar tukarkan tayarnya dan adik ipar pulak yang tolong bawa ke kedai untuk tampal tayar yang pancit.

Berdebar juga ya nak buat sesuatu yang orang kata 'orang perempuan' tak tau sangat. Ala... kuatkan iman, beranikan aja... dan hasilnya selesai dalam masa tak sampai 10 minit.

Dah tu kosnya RM4 je... kakchik ingat RM10 atau lebih. Ye lah sekarang ni barang mahal... Kawan-kawan, mahal ke murah tu?

Tampalan dah siap... nampak tak macam ada 2 biji tu kat atas tayar... apa benda tu?
Tapi sekarang tayar dan ok. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Chik..ok la kot rm4..Kalau di KL ni lagi mahal..Kak Tirana tak pernah ada pengalaman tayar pancit tengah jalan tapi kalau pancit masa kat porch, pernah la so panggil aje orang kedai tayar tu datang. Diorang buat sekejap aje rupanya..Kak tirana ingat makan masa sehari suntuk..hehehe.. Sometimes kita yang perempuan ni kena belajar juga bab2 kereta ni supaya senang kalau emergency.

    ReplyDelete
  2. Diorang memang 'expert' kak... saya dok tengok en mekanik tu buat keje, wuih, laju je... tanya juga apa yg dia sedang buat, kalau nak jek kereta bagi naik, susah ke tidak? Nasib baik pancit dekat dgn kedai tayar... kalau tak nampak gaya kena tukar tayar semdirilah...

    ReplyDelete
  3. wlupun da lama post ni, sy nk bgtau gak (sbb kakchik tanya apakebendernyer benda 2 ketul kat tayar tu kan?). Tu rubber. dia tampal tayar kakchik yg bocor tu tu
    tp baikla tukar tayar lain je. takut bocor lg len kali. :) sekiannnn....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails