Assalamualaikum semua.
Pertamanya, kakchik bersyukur ke hadrat Allah kerana dah selesai satu kertas exam tadi. Alhamdulillah juga sebab rasanya dapatlah juga jawab dengan baik. Mungkin juga berkat restu suami, keluarga dan tak lupa juga doa dari teman-teman di sini. Terima kasih ya. Rasanya menjawab dengan bahasa Inggeris tadi boleh dikira ok. (Moga-moga betul-betul OK).
Sekarang ni kakchik di MariBaca sedang uruskan penghantaran bungkusan untuk pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum ini termasuk satu kotak yang akan dikurier khas untuk sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Dari minggu lepas lagi pihak rumah tu menelefon bimbang kakchik tak jadi nak menyumbang. Kelakarlah diorang ni, bila kakchik dah janji insya-Allah kakchik akan penuhi. Bukan sikap kita sebagai Muslim untuk memungkiri janji.
Dalam keadaan macam ni kakchik teringat kepada pelanggan/teman yang telah membuat tempahan buku BIOGRAFI TOK GURU. Alahai... sedih dan berat sungguh hati bila ingatkan buku tu. Sampai ke hari ni masih lagi belum dihantar oleh penerbit. Maafkan kakchik ya sebab ada yang telah pun membuat pembayaran. Bersabarlah kita ya. Kakchik pun sama seperti kalian juga, nak sangat aca buku tu.
Oklah dulu. Kakchik nak gi hantar bungkusan dulu. Balik nanti kita sambung lagi.
Wassalam.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.