Followers

28.11.08

Wanita diciptakan untuk menyenangkan hati Lelaki


Soalan:
Apakah ciri-ciri wanita solehah atau wanita yang berperibadi mulia?

Jawapan:

Seorang wanita adalah ibarat sekuntum bunga, kecantikannya hanya sementara sahaja. Tetapi sekiranya wanita itu berakhlak mulia, kecantikan akhlaknya itu tetap menawan sesiapa sahaja meskipun wajahnya tidak secantik mana.

Wanita yang berakhlak mulia, sekiranya dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa, sekiranya seorang remaja maka dia akan jadi remaja yang berhemah, JIKA SEORANG ISTERI, maka dia menjadi isteri solehah yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, DAN SEBAGAI HAMBA ALLAH, dia tunduk dan patuh hanya kepada-Nya.

Wanita berperibadi mulia ialah mereka yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 24:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita, sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Wanita berperibadi mulia ialah wanita yang menepati ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Harta yang paling berharga di dunia ialah wanita yang solehah."
(Hadis riwayat Muslim)
Wanita begini sentiasa memelihara diri mereka daripada perkara-perkara tidak baik. Nilai diri mereka jauh bertentangan dengan perjuangan wanita Barat. Nilai diri mereka tidak dilihat pada fesyen pakaian yang menonjol, perhiasan yang dipakai, tetapi pada kesopanan, rasa malu dan terbatas dalam pergaulannya. Wanita berperibadi mulia faham peranan mereka. Antaranya sebagai penyenang hati suami, sumber kasih sayang dan kelembutan, melahirkan zuriat dan memberi pendidikan kepada anak-anak.

Mereka tahu bahawa syarat untuk masuk Syurga amat mudah. Seperti hadis yang menyatakan:
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu Syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya itu merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."
Wanita yang mulia ialah wanita yang apabila dipandang oleh suaminya maka ia menggembirakan, apabila suaminya memerintah maka ia taat dan apabila suaminya tiada, maka ia menjaga harta suami dan menjaga kehormatan dirinya. Mereka tahu bahawa dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian besar daripada penghuni Neraka ialah wanita, oleh itu mereka amat takut kepada Allah.

Wanita yang mulia juga tidak mendedahkan auratnya di hadapan lelaki yang bukan muhrim kerana tahu bahawa Allah melaknat wanita sedemikian, begitu juga dengan perbuatan memakai pakaian jarang dan menarik perhatian lelaki maka tidak akan mencium bau Syurga.

Wanita yang mulia juga sedar bahawa wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat, oleh itu dia menjauhi segala kejahatan.

Wanita yang mulia juga tahu bahawa sekiranya dia membebankan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu dipenuhinya, maka Allah tidak menerima seluruh amalannya.

Dipetik dari ruangan 'Peribadi Muslimah', Nur Julai 2003

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga kita semua (kaum wanita sahaja) sentiasa rajin berusaha untuk menjadi wanita yang berperibadi mulia ini. Tentu kita juga ingin menjadi antara ahli-ahli Syurga Allah nanti.

Sama-samalah kita RAJINkan diri kita dan BUKAkan hati kita untuk membuat perubahan positif mengikut apa yang Islam anjurkan sebabnya tentulah kita nak sama-sama berbahagia di akhirat nanti. Selamat berjaya semua!

4 comments:

  1. ....dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat sebahagian besar daripada penghuni Neraka ialah wanita, oleh itu mereka amat takut kepada Allah.

    semoga kita tidak berada dlm golongan ini...

    Byk2lah kita berdoa moga Allah bagi hidayah utk kita berusaha menjadi wanita sollehah....

    ReplyDelete
  2. Semoga saya bertemu jodoh wanita solehah seperti itu..aminn ya rabb:)

    ReplyDelete
  3. Suzi - ayat tu lah yang membuatkan kakchik rasa nak kongsi sangat artikel ni. kalau nak ikut banyak yang kakchik nak BESARkan dan HIGHLIGHTkan tapi semuanya memang pentingkan?
    Moga-moga Allah sentiasa lindungi kita dari api neraka, syaitan yg direjam dan mara bahaya.

    ReplyDelete
  4. Ibnurashidi - kakchik mohon agar Allah SWT kurniakan seorang isteri yang terbaik untuk anta, yang dapat anta bimbing, sayangi, hormati, hargai dan kasihi kerana isteri tersebut insya-Allah bila dibimbing, disayangi, dihormati, dihargai dan dikasihi akan melakukan yang terbaik untuk suaminya. Mohon Allah perkenankan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs