KakChik tak sempat nak tulis panjang-panjang hari ni sebab nak tumpukan banyak masa untuk 'exam' esok. Oleh itu... kita tengok gambar ajelah.
Hari ni pagi-pagi lagi kami makan keropok. Keropok lekor ada, keropok biasa pun ada. Hujan-hujan ni makan keropok panas-panas cicah ccolek kan ke sedap? Selamat bersarapan untuk semua.....
Semoga hari ini Allah mengurniakan kita kekuatan untuk melakukan lebih banyak amal-ibadat. Yang wajib kita buatlah dengan sesempurna mungkin, yang sunat kita sama-sama tingkatkan. Selamat berjaya!
~~~~~~~~~~ATAS PERMINTAAN IBNURASHIDI~~~~~~~~~~~~
RESEPI KEROPOK LEKOR UNTUK PERANTAU (ikut kata tuan punya resepi)
---------------------------------------------------------------
Bahan-bahan ( 15 batang @ 15 cm)
- 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
- 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
- 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
- 1 1/2 sudu kecil garam
- sedikit ajinomoto (kakchik tak guna pun)
- 3 sudu besar cili blend
- sedikit gula melaka
- 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
- 2/3 cawan air
Cara-cara
- Bersihkan ikan.
- Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
- Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
- Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
- Masukkan garam dan ajinomoto.
- Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
- Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
- Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
- Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
- utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.
Sumber: myresepi.com
salam kakchik..
ReplyDeletewaduh2 terliurnya saya kat sini. Susah nak dapat kepok..Kakchik tau resepinya tak?mungkin leh saya try sini
Wkslm Ibnurashidi.
ReplyDeleteHehehe... kesian pula kat adik pelajar ni. KakChik pun tak pandai buat keropok ni, kejap ya nak tanya Ummi.
Keropok ni nak sedap kena guna byk ikan, kalau kat sini paling sedap guna ikan tambang, kanjinya kurang.
Nanti kakchik tengok mana dah resepi kepok yg kakchik pernah cuba. Menjadi...
Wow! Ada kopok! Lama tak makan kopok lekor. Hubby sibuk, tak leh gi bandar ganu..hu hu..
ReplyDeleteKak Tie, buat sendiri jer.
ReplyDeleteSyukran atas respon resepi tu ya..tapi saya tak berapa faham tepung kanji tu tepung apa?tepung sagu pulak?
ReplyDeletekawan ada buat hari tu tapi dia guna tepung beras. Melekat2 juga.
Teringat kerepok losong ganu:)
Ibnurashidi.
ReplyDeleteTepung kanji ialah sejenis tepung untuk membuat kanji (gam orang dulu-dulu), warnanya putih berkilat-kilat sikit.
Yang tepung sagu tu kakchik pun tak pernah tengok lagi, jadi kakchik tak guna. Agaknya biji sagu yang dimesin menjadi tepung kot.
Tepung beras untuk buat kuih koleh kacang baru sedap.