"Te, te, te, telur! Cen, cen, cen, cendawan! Tu, tu, tu, tulang!"
Tak jadi kakchik nak solat Maghrib. Asyik terdengar budak berdua tu membaca... sampai terpaksa tangguh sekejap. Sebabnya rasa nak senyum dan ketawa mendengar Kakak mengajar Nana membaca. Hihihi kelakar betul budak berdua ni. Asal je balik kampung tentu nak lepak kat bilik kita kalau tak di bilik Cikni.
Inilah kisah pendek mereka berdua...
Ameerah,4 dan Amreena,3, dua beradik yang sangat suka membaca buku. Mungkin sebab lahir je mereka ke dunia ni sebaik diazankan, selain nampak ibu, mereka, mereka kakchik kenalkan dengan "We Have a Baby" sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca terutama apabila lahirnya seorang bayi. Of course, ayat-ayat Quran janganlah pula dilupakan...

Inilah hasilnya... Kakak kini sudah pandai menghormati dan menghargai buku. Balik je dari Penang, bukannya nak terus sampai di rumah Tok Mek (Ummi) tapi nak Abahnya hantar ke MariBaca untuk bersama Cikni (Adik) mengurus kedai. Gelaran kami untuk Kakak, "Pembantu Kedai" yang elaunnya ialah buku cerita, gula-gula dan bercerita.
Kini Nana pun semakin mengikut jejak langkah Kakak. Alhamdulillah... Kepulangan mereka amat kami nantikan. Itulah Kakak dan Nana yang sampai petang tadi bersama Ibu, Abah, Adik dan Bibik dari Pulau Pinang. Kalau baru-baru ni kakchik pergi ke Penang untuk menghantar Kakak, kali ini dia balik melepaskan rindunya kepada kami terutama CikNi dan MariBaca.
Cuba tengok diorang berdua ni yang asyik membaca kat dalam bilik semasa kakchik nak solat Maghrib tadi. Sampai kakchik pun tertarik nak tengok apa yang diorang berdua tu buat. Jom kita tengok Kakak mengajar Nana membaca. Kualiti gambar ni kurang elok sebab lampu dalam bilik ni malap saja dan kakchik malas pula nak edit videonya. Kalau dengar suara orang dewasa tu buat-buat tak dengar ajelah... tak sempat nak delete. Jadi inilah seadanya...
Inilah cara Kakak Ameerah mengajar Adik Nana membaca dengan penuh semangat..
Sebagai guru dan ibu bapa, apa pandangan anda? Berjayakah Kakak mendidik Nana?
Untuk mengajar anak-anak membaca sebenarnya amat mudah jika dibandingkan untuk memupuk minat membaca di kalangan mereka. Memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak wajar dimulakan sejak dilahirkan.
ReplyDeletekak tirana - sebenarnya anak2 sedara chik ni masih belum pandai mengeja/membaca pun tapi memang la suka sangat dengan buku2 ni. memang betul sesangat yang nak pupuk minat membaca ni mestilah sejak lahir.
ReplyDelete