Followers

13.11.08

Berbaloi...

Alhamdulillah... leganya terasa apabila 4 kotak buku dah tersusun rapi di rak walaupun bakinya masih ada berpuluh kotak lagi. Sekurang-kurangnya buku-buku yang penting yang memang selalu kakchik baca dan rujuk telah ada di depan mata... seronok sangat-sangat.

Ya, hari ni kakchik kemaskan buku di rak. Selepas pindah baru hari ni dapat mengemaskan buku banyak sikit. Sebelum ni sibuk dengan macam-macam, 'assignment', pameran buku dan adalah beberapa perkara lagi.

Semua buku yang kakchik selalu guna dah pun tersusun di rak... suka hati ini.

Lepas kemaskan buku di rumah, kakchik ke MariBaca nak buat rutin biasa; cek stok buku, kutip bil-bil utiliti dan pergi bayar kat pejabat pos, kadang-kala ubah suai kedudukan susunan di dalam kedai agar pelanggan tak bosan, ke KB beli barang dan poskan buku-buku yang telah dipesan pelanggan.

Ingatkan nak guna laptop di kedai (broadband kan dah beli hari tu) tapi Cik Abe pula nak pinjam sebab dia nak jumpa pelanggan dari AKSB, jadi sepetanglah tak online hari ni.

Kejap lagi nak ke MariBaca lagi sebab nak kemaskan sedikit buku kanak-kanak sebab esok kami ada pameran sempena Konvokesyen Tadika Intelek Maryam (Tadika Kak Lis, kawan sekuliah di OUM) di Hotel New Pacific. Tadi tak sempat nak kemas.

Satu perkara yang tak dapat nak dilaksanakan hari ni ialah membayar duit tempahan t-shirt muslimah dari Butik Tsabita House sebab hujan agak lebat dan kakchik kurang selesa memandu dalam cuaca macam tu. Etik, insya-Allah kakchik lunaskan bayarannya hari Ahad nanti.

Last but not least, kakchik nak makan malamlah pula. Hari ni dinner lambat sangat sebab nak simpan air wudhuk hingga solat isyak. Cik Abe pun belum balik dari masjid sebab malam ni Tok Guru ada kuliah di masjid. Jadi lambatlah sikit dia balik tapi dia dah makan sebelum Maghrib tadi... kakchik je yang belum...

Ok, perut kakchik dah minta diisi, kalau lambat masuk angin pulak dia, nanti kakchik juga yang sakit... jadi selamat menjamu selera ya.

Lauk hari ni, udang kobis masam manis, sayur + lauk, senang...

Wassalam.

2 comments:

  1. kemasnya rak buku kak chik...kalau rumah saya tu kejap je kemas mcm tu...hihihi...kena letak tinggi2sikit baru tangan2 kecil ni tak sampai...kecualilah buku2 diarohg...

    ReplyDelete
  2. Suzi, kakchik hanya berdua, hanya sesekali je ada tangan-tangan kecil yang membelek buku-buku di rak ni iaitu bila anak-anak sedara balik. Kalau tak kemas, kakchik pun naik serabut... dan nanti ada yang kata kita pemalas... :)
    Rumah Suzi ada anak kecik, buku yang jenis boardbook, clothbook, bathbook bolehlah letak kat rak bawah... elok untuk anak-anak ambil buat main, belek dan baca. Banyak kesan dr segi perkembangan sosial & kognitif anak-anak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs