Entri ni adalah untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada dua orang motivator memasak kakchik iaitu suzi dan hana yang saban hari dapur mereka berasap dan bau-bauan aroma masakan mereka sentiasa menyusup masuk ke rumah kakchik.
"Mmmmmm... wanginya bau kuih, wah.... sedapnya aroma kek dia..... sapalah yang masak ni?"
Itulah antara daya tarikan mereka berdua....
Kali ni nak tayang sarapan pagi tadi, yang ringkas dan sungguh mudah. Makan pun enak juga...
Hari ni kakchik masak MURTABAK MAGGIE resepi tiru suzi punya tapi adalah 'modified' sikit-sikit.
TARA! Inilah dia Murtabak Maggie Versi KakChik.
Datang je anak-anak sedara, semua suka... alhamdulillah.
Suzi, kakchik guna Mi kari HOT MELETUP... bila tambah garam dia jadi masin sikit, nasib baik tak bubuh banyak... tapi masih sedap... agaknya dia punya perencah dah masin dan pedas sesangat...
Okaylah, resepinya seperti yang di'copy' dari blog suzi.
Makan maggie ni bukan boleh dimakan selalu-selalu sangat... perisanya tu banyak MSG jadi berpada-padalah ya.Bahan-bahannya:-
- 2 bungkus maggi perisa kari + 1 bungkus perencahnya
- 4 biji telor
- 1 1/2 biji cili merah - hiris halus2- kakchik guna sambal putik pauh sebab cili dah habis
- 1/2 biji bawang besar - hiris halus nipis
- sedikit lada sulah dan garam secukup rasa - kakchik guna lada hitam
Selamat makan & selamat mencuba bagi yang tak pandai... :)
Wassalam.
wah kak chik maggie hot meletup lagi...nasib baik tak meletup murtabak tu hihihi....
ReplyDeletebetul tu tak blh diamal selalu mkn maggie ni....
suzi, kelakarkan nama maggie tu... beli sebelum kakchik tak pernah masak, cik abe sorang je pernah makan dia tak cakap pun yg maggie tu pedas & masin. pedasnya meletup-letup... :)
ReplyDelete