Followers

6.11.08

Gulai lemak untuk teman-teman

Assalamualaikum. Nak cepat ni... nak gi lunch date pulak tapi sebab ada orang terbau gulai sedap kat dapur tu, kakchik kesian pulak... hehehe.

Jadi, kakchik sedekahkah gulai sepinggan ni istimewa untuk teman-teman bloggers terutama orang yang jauh, suzi, hana dan mana-mana kawan yang sempat singgah, sesuailah buat makan tengahari kejap lagi.


Ini gulai Kelantan asli. Kalau nak resepinya, bagitau ya sebab sekarang ni tak sempat.

Okay, enjoy your lunch...

p/s: hana keropok dah habis dik... nanti kalau lepas lunch date kakchik sempat beli kakchik belikan ya.

=========================================
KEMASKINI: RESEPI nya...

Gulai Lemak Ikan Selayang (hidangan 6 orang)

Bahan-bahan:
  1. 1 kilo ikan selayang (ikan tongkol pun boleh)
  2. 3 ulas bawang merah
  3. 1/2 cm lengkuas
  4. 1/4 cm kunyit hidup (serbuk pn boleh tp yg hidup rasa lbh ORI)
  5. 6 tangkai lada kering (ikut suka pun takpe) - rendam air panas
  6. Santan (ikut citarasa nak kuah banyak atau sikit)
  7. Kacang panjang (ikut suka byk mana) - potong sepanjang ibu jari, agak2 la
  8. 5 biji lada hidup (hijau la... kat sini lada ni pedas la jugak) - potong 2
Cara memasak:
  1. Ikan dicuci dan direbus terlebih dulu dengan asam & garam (ada orang tak rebus pun).
  2. Kisar semua bahan 2 hingga 5.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama santan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, kacang dan lada hidup - biarkan sebentar, jgn kacau kuat nanti hancur ikan
  5. Taburkan garam & gula secukup rasa - gaul perlahan2.
  6. Biarkan sebentar & angkat - siap untuk dimakan.
Hidangan sampingan:
  1. Sambal mangga muda @ sambal lada kering (pilih mana satu)
  2. Mentimun sbg. ulam
KakChik masak ikut cara Ummi masak je... kadang-kadang tukar ikan dengan ayam dan tambah kelapa goreng yang ditumbuk halus maka jadilah "gulai ayam kunyik-kkuah" atau bahasa suratnya "gulai ayam kunyit & lengkuas."

Selamat mencuba gulai kampung.

14 comments:

  1. Gulai ni kl mkn nasi tghri memang sdp. Kl ada sambal belacan lagi la sodap...

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya ak chik...kalaulah betul...tapi takpe blh bayang2 mcmana sedapnya tu...
    kat Adelaide ni fresh seafood mahal...jadi jarang2 sgt beli..faham2 je lah....

    ReplyDelete
  3. shafa - tetamu baru kan? terima kasih sudi datang ke 'rumah' kakchik ni. Kenyang tak makan tadi? Lupa nak ambik gambar hidangan penuh tadi. sebenarnya ada sambal putik pauh (mempelam muda), ikan goreng, ulam mentimun dan keropok lekor. kat sini biasa orang panggil hidangan 'nasi berlauk', pagi-pagi boleh beli di mana2 gerai tepi jalan. makan dgn sambal sedapkan? kakchik takleh makan belacan, alergi...

    ReplyDelete
  4. suzi - kesian pulak sb boleh bagi yang tu je, tak real. nanti kalau diizinkan Allah kita dapat jumpa, kakchik hidang yang real ek.

    kat adelaide tu buah-buahan banyak kan?

    ReplyDelete
  5. erkkk dh kenyang ngan gulai k.chik bg tadi..tp kita mkn sorang..en.hb tk dpt..so kene buatkan..nak resepi! ehehehehe

    ReplyDelete
  6. wah... hana, patut le kenyang, lima ekor ikan kat dalam tu makan sorang2! hihihi
    resepinya kakchik dah masukkan kat sini. cubalah.

    ReplyDelete
  7. salam....jez found your blog!!
    Wah, rajinnya Niza,byk betul blog..updating so frequently too!! Patut le bila gi Maribaca tak pernah jumpa, gi pesta buku pun jumpa your sister je....u really are incredible!!

    Hope to see u when we visit the library in this coming school hols

    ReplyDelete
  8. wkslm... kak ann is that you? mmmm... i miss you so much. thank you, thank you for finding me.

    eheh, saya ni tak de lah incredible kak ann. biasa-biasa je...

    insya-Allah i'm planning for a read aloud session special 4 the holidays. would you like to join us?

    I'm gonna link you in here. Don't mind ok.

    ReplyDelete
  9. hehe....amazing kan,tak jumpa in real world,boleh jumpa kat virtual world.......
    link my blog....xde apa blog tu,update pun jarang2,unlike yours. Heran k.an,how do u find time to write ever so often....ish2!
    For ur info,I dont go around leaving comments in other people blogs sbb takut to be discovered!!

    ReplyDelete
  10. kak ann - I've already link it, is it ok? if you feel uncomfortable, I shall un'link' it.

    everyday my works require me to be in front of the comp and at home, the internet is 24 hours, I don't know... but what you wrote is really interesting la kak ann, last night I've read the whole thing... hehehe.

    jangan risau, I'll try to protect you. but... discovered by whom?

    ReplyDelete
  11. It's ok la,since u dah link...bukan apa,I just thought my writings tu not really good pun....nanti buang masa org jer baca. Initially,it was by invitation only,tp my siblings and anak2 sedara yg ramai tu sebuk nak membaca ... malas nak hassle2 hantar invitation,open je lah to public.

    ReplyDelete
  12. thanks kak ann. eh, your writing tu banyak manfaatnya, sedap je baca terutama time dialog yang ada Abang dan Adik tu.

    more than that, whenever u update, i can see it from here.

    ReplyDelete
  13. k.chik...trimo kasih yer dh letak resepi...insyaAllah bakal dcube.. nnti kita anto laporan k! hihihi

    ReplyDelete
  14. sama-sama hana. kakchik harap menjadi le gulai hana tu... sb resepi tu main agak-agak je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails