Followers

8.11.08

Cik Abe dengan hobinya...

Assalamualaikum & selamat pagi untuk semua. Semoga hari ini kita semua ceria-ceria selalu. Senyum sikit... aaaa kan ke cantik tu...

Bolacyber.com - antara banyak-banyak blog Cik Abe

Masa mula-mula kahwin dulu KakChik tak pernah tahu yang Cik Abe ni peminat sukan terutama bolasepak dan badminton "YANG TERAMAT". Kami membina perkahwinan ini di tahun 2002 dan pada tahun tu rasanya tahun Olimpik di Korea (edit: PIALA DUNIA la...).

Bolanet - Usaha terbaru Cik Abe

Seingat KakChik dia memang suka baca suratkhabar terutama halaman yang belakang-belakang tu tapi KakChik tak ambil kisah sangat masa tu sebab ingatkan macam orang lain juga. KakChik pun minat sukan tapi langsung tak sama dengan Cik Abe. KakChik suka tonton NBA Basketball (masa di STMFP dulu pernah jadi C untuk pasukan sekolah, kejap je...), hoki dan memanah (yang ni Cik Abe pun tak tahu rasanya... hehehe).

Bila Piala Dunia tu dah dekat sangat barulah Cik Abe kata, "Yang jangan terkejut deh kalu Abe tido lambat... bangun awa...". Mula-mula tu ingatkan apa... sekali tiap-tiap hari tv dok tayang siaran tu je, barulah KakChik tahu. After that, everything is history...

Bola Sepak Euro 2008 - memang bersengkang mata dok update benda alah ni.

Minat yang amat-amat... hinggakan ASTRO dipasang pun kerana nak channel-channel sukan tu... Kadang-kadang ada la jugak berebut remote... tapi selalunya kita yang kena mengalah, lagipun bukan nak tengok apa sangat, CSI je...

Berita Bola Terkini - haaaa... yang ni Cik Abe update hampir setiap hari.

Pernah cakap kat dia, kalau nak blogging buatlah sesuatu yang memang dia betul-betul suka. Sebab KakChik bimbang Cik Abe buat separuh jalan... dia tukar buat benda lain pulak. Lagipun sayang minatnya tu kalau tak dikongsikan dengan orang lain terutama yang meminati sukan yang sama. Haaa... kalau ada peminat bola tu silakan le ke mana-mana blog Cik Abe KakChik ni. Boleh share ilmu anda.

Football News - percubaan pertama nak buat blog bola dalam bahasa Inggeris...

Selain dari minat bola dan badminton Cik Abe ni minat juga menulis berita politik tapi KakChik tak masukkan screen capture blog yang tu kak sini sebab dah ada link kat Hubby's Blog di side bar.

Sukancyber - macam-macam info sukan dalam ni tapi yang banyaknya badminton la...

Secara ringkasnya sejah kami menjalin cinta, Cik Abe ni memang "hantu bola" walaupun tak pernah ke stadium terdekat untuk menonton bola. Kat rumah ni, channel 800 ke atas adalah saluran kegemarannya. Kadang-kadang tak dengar apa yang kita tengah cakap kat dia sebab khusyuk beri perhatian kat orang dok kejar bola dalam tv.

Walaupun KakChik kurang suka dengan bolasepak ni... kadang-kadang jadi tukang kritik bila sesekali temankan Cik Abe ( tak tahan lama... nanti dia marah... hehehe) tapi bila Dr. Fadzilah Kamsah kata, isteri kalau boleh kena tahu apa minat suami dan kena hormati minatnya (asalkan tak buang masa & semestinya HALAL) tu agar suami juga MENGHORMATI MINAT ISTERInya...

Tak gitu Yang?

2 comments:

  1. eheheh... bestnye alam rumahtangga ni.. saling faham memahami.. saling tlg mnolong dll lagi..

    ReplyDelete
  2. farah,

    gitulah adanya... kalau tak susah jugak nanti...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs