Followers

17.11.08

Berkongsi kebahagiaan...

Bismillahirrahmanirrahim.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,

Hari ini kakchik merasakan diri ini sangat bahagia. Bahagia yang merupakan satu perasaan yang sangat abstrak. Banyak sebab kenapa kakchik mempunyai perasaan ini. Ada orang kata, bila kita merasa bahagia, bahagiakanlah juga orang-orang di sekeliling kita kerana dengan berbuat demikian, insya-Allah kebahagiaan kita akan berpanjangan.

Ya, betul! Bahagia bukan kekal selama-lamanya. Ada waktu kita juga ditimpa kesedihan, kekecewaan, kemurungan, kemarahan, kesakitan, kekesalan dan sebagainya yang tak mungkin membahagiakan. Jarang kita jumpa orang tersenyum dalam kemarahan kan? Kalau dia senyum pun mungkin akan senget mulutnya (macam yang kakchik pernah tengok dalam drama bila penjahat naik marah kat hero dan berniat nak balas dendam)... payah juga kan....?

'Award' dari kenalan yang jauh di Jepun sana, Hana of Hana's Family.
Terima kasih Hana atas penghargaan ini.

Secara peribadi, kakchik setiap hari mendoakan untuk diri sendiri agar bahagia (ceria + gembira + tenang + seronok + puas) dari seawal bangkit dari tidur hinggalah kakchik memejamkan mata untuk beradu di malamnya. Tidak lupa juga doa kakchik untuk Cik Abe dan semua ahli keluarga termasuklah teman-teman di alam nyata mahu pun di alam siber ini agar semuanya mencapai kebahagiaan masing-masing. Bila kita bahagia, wajah kita akan ceria, tambah-tambah kalau kita beramal dengan ilmu yang baik, lagi-lagilah wajah kita akan ceria. Pernah tengok Dr. Fadzilah Kamsah kan? Ceria tak wajahnya? Itulah contoh wajah orang yang beramal dengan ilmunya... Pernah tengok wajah Tok Guru Nik Aziz? Apa perasaan bila melihat wajahnya? Itu hanya sekadar pandangan dari gambar, cuba pula kalau lihat orangnya? Tenang dan ceria...

Memanglah... hidup ini ada 'ups and down'... ada masa kita seronok, ada masa kita berduka, ada masa kita cemerlang, ada masa kita kecundang, ada masa kita dijulang, ada masa kita dibuang... yang pasti kita sama-sama ingat dan beramal dengan satu hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu yang bermaksud:,
"Rebutlah lima keadaan (perkara) sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu
  • keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu,
  • keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu,
  • keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu,
  • keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan
  • masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu."
Jadi, marilah kita sama-sama berusaha merebut 5 perkara ini terutama bagi kita yang masih muda belia ini (20an - 50an masih dikira muda sekarang ni... ). Seronoknya jika kita dijemput menyertai 'percutian' abadi, kita pergi dengan banyak persiapan dan pergi dengan diri yang berakhlak mulia.

Akhirul kalam untuk kali ini, kakchik ingin menceriakan hari teman-teman yang setia ke mari sama ada meninggalkan komen atau meninggalkan salam dan pesan di 'shoutmix' untuk menerima buah tangan ini. (Senarai penerima ada di bawah sekali). Tidak dilupa ialah kepada 10 orang Followers, yang ada di antaranya belum pernah rasanya kakchik berkomunikasi di alam siber ini tapi mereka berminat dengan blog KS yang cacamarba ini. Terima kasih 'for being interested'.


Semoga persaudaraan kita dijauhkan Allah dari kelalaian dan mendekatkan diri kita kepada Tuhan kita Yang Esa iaitu Allah SWT. Terimalah dengan hati terbuka walaupun sekadar satu 'anugerah' siber. Tahniah!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Senarai Penerima Anugerah Persahabatan ini ialah seperti berikut:
  1. Kak Nor of Islam Itu Indah
  2. Ni'mah of Pecinta Kedamaian
  3. Kak Tirana of The Precious Moment
  4. Azza of Sedetik Hati
  5. Kin of Sejenak Bersamaku
  6. Kak Tie of Memori II
  7. Suri of Another Side of Myself
  8. Dilah of Sehingga Detik Itu
  9. Fari of Dari Kaca Mataku
  10. Ady of Adnin Naim
  11. Adah of The Survival of Life
  12. Najwa of A Cleou for Ummi
  13. NSyazwana of I Am Nemo
  14. Etik of Tsabita House
  15. Sha of Sha's Love & Passion
  16. Suzi of Resepi & Cerita Perantau
  17. Hana of Hana's Family
  18. Zara of Zahirah Life's In Pink
  19. Farah of Kehidupanku
  20. Na Mumtazah of Na Kuala Lumpur
  21. Fadhilah of Lakaran Alam Minda Muslimah
  22. Najah of Wanita Kelantan Selepas 1990
  23. Nik Ha of Diari Nick Hakimie 2
  24. Lin of Dunia Nilza Saza
  25. Kak An of Cerita Mama
  26. Wan of My Beautiful Life
  27. Azizi of Winners Never Quit
  28. Luth of Luth Textile Day-Life
  29. Ibnurashidi of Ibnurashidi
  30. Zaki of The Root Is Humanity, The Peak is Spirituality
  31. Syam of Mentari... (Syams)
  32. MyNisa' of Nisa' Kelantan
  33. Ummu Hanna of Hannamannasalwa
  34. Afzan of Damba KasihMu Tuhan
  35. Ustz-Engin'r of Re-Engineering Islamic Building
  36. Kak Ummi of Klinik Ummi
  37. Alqasam of Truth Has A Way
  38. 10 Followers kat atas tu
  39. Semua pengunjung yang pernah meninggalkan komen & salam silakan menerimanya juga
Allahu'alam.

7 comments:

  1. Salam Chik...dapat lagi...ni yang best ni...hehehe..terimakasih banyak2.. Nanti kak tirana amik. Kak tirana baru balik dari jalan-jalan cari buku..hehehe..buku yang tak baca melambak kat rumah lagi tamak nak beli..hai..hai..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam Kak Tirana. Wah... seronoknya dapat jalan-jalan cari buku. Tamak ilmu tak pe kak... jgn tamak benda2 lagho sudahlah... hihihi

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak2 kak chik..
    malam td baru sampai dari teluk batik..seronok..
    lagi seronok kalau sahabat2 dari kelantan ada..huhu
    lain kali kak chik dan achik kena datang tau.. :)

    ReplyDelete
  4. Wah!! memang kakchik ni murah hati laa. Ada saja yang nak diberi dan dikongsi bersama. Terharu rasanya. Kak tie ni tak pernah memberi. Asyik menerima je. Malu lak.

    Terima kasih la kakchik. Nanti ada masa Kak tie tepek kat blog tu. Sekarang ni sibuk sikit. Esok nak pack barang, nak balik klate 4-5 hari... Nak tgk org tua nak gi mekah..

    ReplyDelete
  5. dilah, sama-sama. jelesnya kakchik kat awak2 semua... tak pegi ke ... ke penang? asyik dok main pasir pantai je...

    insya-Allah next time kena buat dekat2 sikit, baru senang nak gi kot.

    ReplyDelete
  6. Kak Tie, rasanya ni lah first time kakchik bagi award kat kawan-kawan... tak payahlah susah hati nak membalasnya pulak ek.

    Ini kena bagi sesekali je... sebab calon ramai sangat kenalah pilih orang berjaya betul2 kan?

    Kak Tie balik Klate tu jemputlah singgah di MariBaca ke ... Zahra' ke... boleh kakchik belanja makan sekali.

    ReplyDelete
  7. salam kak chik...happy dan terharu...
    moga kita semua bahagia selalu :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs