Followers

20.11.08

Today I Met Polyvore

Assalamualaikum semua. Hari ni memang bosan sikit sebab dok rumah je. Selalunya kakchik keluar menyelesaikan urusan kedai tapi hari ni terperap je di rumah bersama anak-anak sedara, lagipun cuaca kat luar tu kurang memberangsangkan untuk berjalan-jalan.

Bila dah bosan tu, tau ajelah... mulalah terfikir-fikir baju apalah yang nak dipakai petang nanti bila pergi kenduri kawan tu. Teringat kat blog Hegab Rehab yang kakchik terjumpa sebelum ni. Apalagi, belayarlah ke blog milik Agne dari Australia itu. Dan di situlah kakchik berkenalan dengan Polyvore. Hasilnya seperti di bawah:-


Wedding Function by hanniaziz

Apa pandangan kawan-kawan? Ok ke gabungan pakaian dan aksesori yang kakchik susun ni? Agaknya kalau kakchik cari pakaian yang seakan-akan sama dan pakai kat luar, ok tak? Yang dalam gambar ni bukannya untuk dijual tapi sekadar idea untuk berpakaian secara Islamik.


Wedding Functions by hanniaziz

Seronok juga bermain-main dengan Polyvore ni. Sekali mencuba susah juga nak berhenti...

2 comments:

  1. kuikuikui.. mengeleng kepala baca posting ni. Hai boleh kiro jugok chik ni, up-to-date jugak pasal fashion2 ni.. kihkihkih.. kene belajo ngan chik ni.. tak sangka i u..

    ReplyDelete
  2. ni'mah,

    ni le caranya meransang minda... boleh le kan? jangan ketawa lama2

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails