Followers

13.11.08

Sekitar Forum Nikah Tunai

Assalamualaikum dan ceria-ceria selalu...

Entri ni hanya gambar-gambar sekitar forum malam tadi. Kak Tirana, Chik tak dapat nak buat catatan banyak sebab hanya mengikuti sesi terakhir forum, insya-Allah nanti videonya akan menyusul. Buat masa ni kawan-kawan boleh 'enjoy' suasana program ya.

Ustaz Hasrizal diiringi masuk ke dewan dengan bunga manggar lagi! Semasa 'ready' kat luar pintu utama, KakChik sempat ambik gambar dari belakang tapi tak 'upload' lagi dari HP.

YB Wan Ubaidah Omar selaku EXCO Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan sedang merasmikan majlis. Semalam YAB Tok Guru tak dapat hadir, beliau kurang sihat.

Kumpulan dikir barat yang dipimpin oleh Tok Juaranya Jen Endoro (actually namanya Mat Zain... dia bekas pekerja kantin semasa KakChik sekolah rendah dulu sekarang terkenal kerana dikir barat.)

KakChik dan Adik semasa di gerai sebelum majlis bermula. Di bilik berpintu kat belakang tu lah Ustaz Hasrizal berehat sementara forum bermula. KakChik sempat tunjukkan buku Aku Terima Nikahnya semasa beliau lalu kat depan gerai kami.

Sedang melayan adik-adik pelajar Akademi Islam Univ. Malaya, Nilam Puri.

Adik sedang melayan pelanggan. Tak lama lagi Adik akan berhenti kerja sebab dia dah dapat tawaran mengajar di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka. Dah lama Adik idam nak menjadi guru baru kini tercapai. Baru sekejap pihak sekolah telefon memaklumkan berita gembira tu (sebenarnya berita sedih buat KakChik sebab bukan senang nak ada pekerja yang mahir seperti Adik, adik kandung pulak tu... pelanggan tetap kat MariBaca pun rapat dengan dia... macam mana lah nanti...?)

Tetamu yang juga ahli panel forum, Ustaz Hasrizal Mohd. Jamil yang terkenal dengan blog Saifulislam.com dan buku Aku Terima Nikahnya. (Semasa di bilik rehat).

Buku Aku Terima Nikahnya yang telah disusun.

Baru mula nak mengemas, pelanggan dah mula datang... waktu ni awal lagi ni, baru pukul 7 lebih.

Adik melayan pelanggan pertama kami malam tadi.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs