Followers

16.11.08

Hormatilah...

Kawan-kawan, pernah tak anda jumpa orang yang guna buku sebagai kipas? Orang guna buku sebagai pelapik piring kuih atau pun buat letak gelas air? Buku yang disusun elok-elok tapi dijadikan penyendal pintu.... buku yang ditelengkupkan sebab pembacanya nak menanda halaman yang sedang dibaca... helaian-helaian buku yang tepi-tepinya banyak kesan lipatan... dan macam-macam lagi hatta ada yang jadikan buku sebagai bantal... lagi bagus!

Sebenarnya kita kena tahu yang buku mestilah dihormati barulah kita mendapat barakahnya.. Cuba lihat nasihat ilmuwan ini yang sememangnya seorang yang bijaksana kerana boleh membaca apa yang akan dilakukan oleh manusia terhadap buku.
Nasihat Musa Al-Almawi,

Buku tidak boleh dijadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa.
Buku tidak boleh dijadikan:
  • bantal (rupanya al-Almawi telah menjangkakan tabiat buruk sebahagian di antara kita),
  • dijadikan kipas,
  • sandaran punggung atau alas berbaring,
  • atau digunakan untuk membunuh lalat.
Untuk menandakan halaman buku tidak boleh DILIPAT. Orang-orang bodoh sering melakukan hal itu (sekali lagi al-Almawi sudah menjangka kebiasaan buruk kita).

Untuk penanda bacaan harus digunakan selembar kertas atau yang serupa itu, tetapi tidak boleh daripada potongan kayu atau apa pun yang dibuat daripada bahan yang keras.

Itu kata al-Almawi (bukan Mawi ya!). Tapi itulah yang telah berlaku hari ini. KakChik melihatnya di perpustakaan ini. Tanggungjawab kitalah mendidik yang tidak tahu agar mereka turut mendapat barakah ini.

Bacaan tambahan ada di Dar Nur al-Zahra'. Silakan.

4 comments:

  1. Salam chik..

    Kak Tirana sayang pada buku..satu pasal sumber ilmu dan satu lagi sebab beli dengan duit sendiri..hehehe..tapi kalau yang orang bagi pun sayang jugak..Satu buku saja lebih rm50..so kalau buat halai balai..macam tak sayang duit la tu.. Tapi most important sebab dalam buku tu macam2 ilmu kita boleh dapat.. Siap balut lagi buku tu. Then, kalau ada orang nak pinjam, kak tirana tengok juga orangnya.. Kalau jenis yang tak hormat buku, sorry la..kak tirana akan jadi kedekut. Memang pernah orang pinjam, bila pulangkan semula, lunyai buku tu..Menitis airmata.. Sekali tu aje la bagi..Lain kali tak bagi dah..hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.betul kata kak chik, sy jadi serik bagi orang pinjam buku. diaorang asyik merosakkan buku saya jer. penat saya jaga buku sebelum ni.

    yang paling geram ialah bila diaorang duduk atas buku saya.nampak sangat x hormat buku tu. ada juga yg buang buku bila dah habis sem. kata diaorang,subjek tu x berangkai,x belajar dah sem hadapan,.\

    hai..hairan gak orang yg macam tu.


    nway,nice blog! :)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikusalam Kak Tirana.
    Sedih kan hati kita bila kepercayaan kita kepada orang yang meminjam buku telah disalah gunakan. Memang chik pun kalau orang buat macam yang dibuat kat buku akak tu memang samalah tindakan saya dengan akak.
    Sebab tu sekarang saya buat buku sewa dengan syarat-syarat tertentu... tapi hanya untuk novel je, buku-buku lain.... ish... I treasure them so much.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumsalam alia. Kes buang buku teringat zaman lepas SPM dulu. Ada kawan lelaki siap dia pacak buku dalam tanah, katanya dah merdeka... macam-macam kan?

    Yang sedih sekali memanglah bila nampak orang main campak je buku terutama buku baru yang nak dijual atau pun buku baru yang diletak kat rak new arrivals, alahai terkedu hati melihatnya...

    kesedaran amat-amatlah kita harapkan.

    nota terakhir tu, terima kasih. Rasanya ini kali pertama alia datang kan? Slmt dtg.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails