Followers

15.11.08

Award - Satu Pengiktirafan Persahabatan

Bismillahirrahmanirrahim.

Di saat ini terasa berombak di dalam dada, ombak terharu dan rasa gembira kerana persahabatan yang dihulur dan bersambut telah diiktiraf oleh seorang sahabat yang dulunya asing bagi kakchik tapi kini terasa dekat di hati.

JAZAKILLAHI KHAIRAN KATHIRA kepada AZZA dari blog ..SEDETIK HATI..


Terasa syahdu je bila dapat 'award' ni... Maklum saja kakchik menulis pengalaman hidup bercampur-campur dengan pelbagai topik yang terlintas di fikiran. Tak sangka pula bila kakchik membuka 'pintu' blog ini kepada 'ukhuwah siber', kakchik telah mendapat LEBIH dari yang kakchik harapkan.

Kata azza, 'award' ini ada peraturannya. Kakchik salin je dari blog azza (dengan sedikit edit) ya. Cuba lihat kat bawah tu:

The rules are:
  • Give to the people whom you feel "BEST GILA-GILA"
  • Only 5 people
  • Link to that person who had received the award
  • Sesiapa dpt award ni diwajibkan buat posting kat blog dia sbb dia dpt award, (rasanya kakchik serahkan kepada penerima je... kalau mahu buat tak apa, tak buat pun tak apa)
  • Inform the people yg dpt award ni kat blog dia ok.. (terserah...)
Kakchik sebenarnya suka sekali membaca pengalaman hidup orang lain sebab melaluinya kakchik dapat mengambil iktibar terhadap perjalanan hidup sendiri. Bagi kakchik amat bagus untuk kita menggunakan kemudahan blog yang percuma ini untuk merakamkan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita. Sama ada mahu menulis sekadar untuk diri sendiri atau membukanya kepada public, itu adalah pilihan kita.

Cuma sama-samalah kita pastikan ruangan yang baik ini dapat kita kongsikan bersama tanpa unsur-unsur mazmumah atau kejahatan seperti; menghina, mencerca, mencaci-maki, memfitnah, memperlekehkan, menggunakan kelucahan (nak sebut pun tak sedap hati... tapi kena sebut juga), atau apa saja yang boleh merosakkan keseronokan dan keharmonian kita mencurah perasaan (dalam sempadan tertentu) untuk tatapan bersama.

Yang baik datangnya dari Allah, buat pedoman hidup kita. Yang tidak baik adalah kelemahan diri kita yang sering gagal melawan nafsu dan godaan Syaitan. Semoga kita sama-sama dapat melihat yang mana intan yang mana kaca dalam kita menjelajah 'rumah-rumah' di alam siber ini.

OK, teman-teman yang akan menerima HADIAH ini yang kakchik gemar menziarahi blog mereka ialah....

Sekejap! Kalau nak hadiahkan semula kepada azza aci tak? Tak aci? Tak apalah kalau macam tu.

Hmmmm...

Baiklah, setelah merenung-renung segala senarai rakan bloggers yang ada, dan hati berbelah bagi nak pilih siapa, kakchik buat keputusan menghadiahkan 'award' ini kepada teman-teman berikut:

Kak Tirana of The Precious Moment
- blog akak memang ada umph... keibuan, kekeluargaan, up-to-date, berinformasi, kemas, menyeronokkan, menenangkan sekali halwa telinganya.

Kak Tie of Memori and Memori II
- walaupun baru kenal, tapi kakchik suka membaca celoteh Kak Tie dan tulisan Kak Tie yang banyak tentang 'nature'.

Kak An of CERITA MAMA
- saya suka cara Kak An menulis untuk tatapan dua anaknya Abang (Habri) dan Adik (Adneen) dan juga catatan hidup Kak An yang sukarela membantu anak-anak remaja di rumah perlindungan, RS.

Kak Aliya of Musings of a Mualaf
- sungguh membuka minda mengikuti catatan hidup Kak Aliya, seorang saudara baru yang bersungguh-sungguh beramal dengan cara hidup Islam setelah menemuinya. Sebagai seorang guru, pelajar, isteri, anak dan menantu, beliau garapkan tulisan beliau dengan sungguh ringkas tetapi amat menyentuh jiwa membacanya.

Hana of Hana's Family
- aroma dapur Hana sentiasa menyelinap masuk ruang tingkap rumah kakchik, enaknya terasa dek bau-bauan masakan seorang isteri dan ibu yang tinggal jauh di perantauan. Kerajinan Hana berkongsi sajian masakannya telah menaikkan semangat kakchik untuk turut rajin ke dapur.

Walaupun kakchik merasakan masih ramai yang layak menerimanya tetapi inilah yang paling 'best' antara yang 'best'. Ada orang guna istilah 'the bestest' - ada ke istilah ni? :D

Terima kasih sekali lagi untuk azza dearie.

Wassalam.

8 comments:

  1. Salam Chik..Thanks for the award..Walaupun dah pernah dapat award yang sama dari dua orang tapi happy sangat bila sekali lagi dapat dari Chik.

    Now, Chik dah tahu nama sebenar kak tirana. Just keep it for yourself, ok. Kak Lis dan kak tirana memang rapat masa di KB dulu, sekarang pun rapat lagi cuma bila dah berjauhan macam ni, segala-galanya terbatas..Nak jumpa selalu macam dulu2 pun tak boleh. Nak cakap2 over the phone macam dulu2 pun susah tapi dia tetap di hati. Kak Tirana harap dia pun tak lupa pada kak tirana. Pssstttt..apa lagi dia cerita pasal kak tirana pada Chik.. Harap2 dia tak cerita perkara yang memalukan..hehehehe

    ReplyDelete
  2. kak chik syg..
    kl kakchik rs syahdu..azza lagi syahdu..rs bertuah..jalinan indah ini beri ketenangan pada azza. begitu juga bila baca tiap patah perkataan kakchik..
    tkaseh sgt2...

    ReplyDelete
  3. Salam Kakchik. Terkejut gak bila dapat telegram tu..hihi..tak sempat pakai baju blink2, baju kelawar pun jadi laa...Nak naik pentas ni..nak ambik award!

    Malu gak...tapi mau! Hi hi...nanti kak tie tepek kat slide tuh!! Oh! lupa lak...ni kes terlebih excited lah.. Terima kasih berbanyak2.. Kak tie amat menghargainya...

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana, you secret is safe with me... don't worry and don't be afraid... apa2 yg Kak Lis cerita tu rahsia saya... hehehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih azza. bertuah rasanya dapat berkawan dengan azza.

    ReplyDelete
  6. Wkslm Kak Tie. Kak Tie memang kelakar... naik tergelak kakchik baca komen Kak Tie ni.

    ReplyDelete
  7. Alaaa Niza ni!!! thanks for awarding me,really appreciate it, but, can I be excused from taking it and posting it in my blog? Please!!
    I hope u understand...
    reasons:1. tak layak 2. there r so many blogs yg k an suka tahap gila2,so I cannot possibly choose just 5.I didnt link them bcos as I told u before, I'm quite reluctant to be discovered. No link doesnt mean I dont like/read/visit them.I come here regularly to read you....

    Sorry for being a spoilsport...I'm just a makcik blogger anyway,award2 and tag2 ni seswai dgn u all org2 muda je kut,hehehhe....

    ReplyDelete
  8. Kak An - it's ok. As long as you recognized it, it would be enough for me. And I still believe that you deserve to be awarded. Makcik Blogger indeed!

    Kak An... Kak An... a lady who soen't want to recognized and would want to be behind the curtain... I'll respect that.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails