Followers

10.11.08

Macam-macam Syaitan (editted)

Wujudkah 'HANTU'?

Hantu. Ramai orang sangat takutkan hantu. Ada orang percaya hantu memang wujud. Ada orang pula tak percaya kewujudan hantu. Jadi mana yang betul?

Contoh 1 bahagian dalam

Sebenarnya hantu MEMANG TAK ADA dan TAK WUJUD. Dalam al-Quran pun tak ada sebut wujudnya hantu. Pontianak, pocong, langsuir, drakula, hantu Jepunlah... macam-macam nama hantu lagi, itu semua ialah JELMAAN JIN. Kira syaitan jugalah tu. Syaitan, kan spesis jin. Saja dia nak mengusik manusia supaya jadi takut.

Syaitan sangat gembira kalau manusia takut kepadanya dan bukan takut kepada Allah SWT. Kita sepatutnya takut kepada Allah dengan mentaati segala suruhan-Nya. Apabila kita taat kepada Allah, syaitan pula akan takut kepada kita... kua...kua...kua... syaitan sebenarnya amat takutkan manusia yang bertaqwa.Contoh 2 bahagian dalam

Rumah Hantu

Rumah yang benar-benar berhantu ialah RUMAH YANG DIHUNI oleh ORANG-ORANG YANG TIDAK SOLAT dan TIDAK MEMBACA AL-QURAN. Mudahlah syaitan menggoda penghuni-penghuninya kerana mereka tidak ada perisai . Tinggallah syaitan dengan selesanya di dalam rumah itu bersama-sama orang-orang di dalamnya. TIDUR BERSAMA-SAMA, makan sama-sama, TONTON TV sama-sama. Semuanya dilakukan bersama-sama.

Contoh 3 bahagian dalam

Pesan Nabi Muhammad s.a.w.:
"Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah, tidak akan dimasuki syaitan."
(Riwayat Ahmad dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a.)
Kalau tak buat seperti yang Nabi suruh, lama-lama rumah kita jadi KUBU KUAT SYAITAN.

CEPAT! CEPAT! AYUH!

HALAU SYAITAN ITU!


SEBELUM TERLAMBAT...


Sumber: Buku Macam-Macam Syaitan (kalau nak baca, boleh order... tak sampai RM10, sesuai untuk seisi keluarga).

4 comments:

  1. betul tu kak chik...kita kena yakin hanya Allah SWT yg berkuasa...makhluk tak de kuasa apa2...

    ReplyDelete
  2. He he...I'm first to comment!

    Bagi tie hantu tu syaitan lah! Tak terfikir lak hantu tu makhluk lain. Bila seseorang tu terlalu jahat, misal kata perogol atau pembunuh kita dgn tak sengaja panggil dia hantu atau syaitan!

    Hanya orang2 yang tak faham akan mengasingkan hantu dgn syaitan. Syaitan yang membentuk hantu. Hantu tu cuma nama bagi jelmaan syaitan! He he..sampai sini lak cerita hantu, ekk!

    Ada byk buku2 mengenai syaitan dan jin ni..Bukan setakat baca je. Kena juga berguru. Senang nak soal itu dan ini. Tapi yang asasnya kepercayaan kita tentang kebesaran tuhan. Dia boleh beri kita dugaan dlm bentuk apa pun supaya kita selalu mengingatinya.

    Ada orang berkebolehan melihat benda2 halus (dengan izin allah). Dan semuanya (yang tie kenali, lah) memang amat teliti dengan ibadah,kerana itu syaitan menampakkan dirinya (dengan izinNya) dlm pelbagai rupa (dikatakan hantu itu)dengan harapan dapat menggoncang aqidahnya.

    Kalau hantu itu dikatakan makhluk lain tentulah tidak benar. Memang tak wujud hantu itu. Tapi sepengetahuan tie, ramai orang fikir bila sebut hantu itu maksudnya syaitan yang memperlihatkan dirinya dgn tujuan utk menakutkan manusia.

    ReplyDelete
  3. suzi - dah memang syaitan tu keje dia nak sesatkan kita... kadang2 kita pun jadi takut kat dia (read hantu).

    buku tu sebenarnya buku untuk kanak-kanak... tapi sebab cara tulis kat dlm macam komik, orang tua pun seronok baca.

    ReplyDelete
  4. kak tie - wah, kali ni panjang kak tie bagi pandangan. memang ada hamba Allah yang alim & warak dapat meilhat makhluk halus ni mungkin untuk tolong orang2 yang lemah akibat gangguan makhluk tu.

    memang betul tu nak kenal makhluk syaitan/jin ni tak cukup sekadar baca buku...

    kak tie, buku tu buku kanak-kanak untuk didik anak-anak mengenali siapa itu syaitan tapi sebab kita pun tak tau sangat pasal dia, bila baca... banyak pulak yang dapatnya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs